web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Olimpik: MOM Harap Sukan Terjun, Badminton, Basikal Menang Banyak Pingat

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jul 2021 8:40AM

Datuk Mohd Azizulhasni Awang - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Mohd Nazifuddin Najib berharap sukan seperti terjun, badminton, berbasikal trek terus menyumbang pingat buat Malaysia pada Sukan Olimpik.

Pada Rio 2016, Malaysia meraih tiga pingat perak dalam sukan badminton, satu perak (terjun) dan satu gangsa (berbasikal), ia pencapaian terbaik dalam Olimpik setakat ini.

Malah, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican baru-baru ini berkata sukan berkenaan mewakili aspirasi utama negara untuk membawa pulang pingat emas Olimpik.

Menjelang temasya Olimpik Tokyo yang secara rasmi akan bermula Jumaat ini, Mohd Nazifuddin berkata jika atlet daripada tiga sukan berkenaan membawa pulang pingat dari Tokyo, Jepun, ia akan menjadi petunjuk bahawa mereka telah mencapai tahap kematangan dalam sukan.

“Saya gembira sekiranya mereka dapat pulang bersama pingat, dan saya berharap mereka akan terus menyumbang kepada pungutan pingat pada Sukan Olimpik,” katanya menerusi video yang dikongsikan kepada media semalam.

Bagaimanapun, oleh kerana persaingan menjadi semakin sukar Mohd Nazifuddin tidak menolak kemungkinan sukan lain akan muncul lebih baik dan kuat pada masa hadapan.

Sementara itu, beliau berkata peranan yang mencabar digalas setiap ketua kontinjen (CDM) untuk Olimpik Tokyo berikutan pandemik COVID-19.

“Semua perlu dilakukan secara maya. Saya rasa ini adalah proses pembelajaran untuk semua. Temasya kali ini bersejarah kerana Sukan Olimpik akan diadakan di tengah-tengah pandemik,” katanya.

Mohd Nazifuddin menguruskan atlet di Tokyo dan membantu ketua kontinjen Malaysia Datuk Lee Chong Wei dari sana, kerana Chong Wei tidak dibenarkan melakukan perjalanan kerana masalah kesihatan.

Chong Wei akan melakukan tugasnya dari tanah air menerusi interaksi secara dalam talian dengan atlet dan pegawai di Jepun.

Sebanyak 30 atlet akan mewakili Malaysia dalam 27 acara merangkumi 10 sukan di Olimpik Tokyo. - Bernama

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar