web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Verstappen Menang Acara Pecut Pertama F1 Untuk Posisi Pole GP Britain

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jul 2021 8:44AM

Verstappen akan bermula di petak hadapan dalam perlumbaan utama hari ini. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SILVERSTONE - Peneraju kejuaraan dunia Max Verstappen menang acara pecut pertama Formula Satu (F1) untuk merangkul posisi pole GP Britain hari ini, tetapi mengakui ia satu pengalaman yang ‘aneh’.

Pemandu Red Bull itu menamatkan pecutan 100km mengelilingi litar Silverstone di hadapan juara dunia bertahan Lewis Hamilton dengan Valtteri Bottas ditempat ketiga.

Verstappen kini mempunyai kelebihan 33 mata ke atas juara dunia tujuh kali Hamilton yang berharap dapat menang GP Britain yang kelapannya hari ini.

“Kami mencabar satu sama lain dengan hebat dengan tayar yang banyak melepuh,” kata Verstappen yang mengumpul tiga mata untuk kemenangannya selepas mengatasi pesaing yang lain dengan perbezaan 1.4 saat.

Hamilton dan Bottas masing-masing mendapat dua dan satu mata.

“Bila saya melintasi garisan selepas tamat perlumbaan ini dan diberi tahu: ‘Tahniah anda dapat posisi pole’. Ia agak aneh,” tambah bintang dari Belanda itu.

Bermula dengan muatan bahan bakar yang lebih ringan menyebabkan kereta lebih pantas dan senang dikawal untuk melengkapkan 17 pusingan berbanding 52 yang perlu dilengkapkan untuk perlumbaan penuh.

Pelumba Mercedes Hamilton bermula acara pecut 17 pusingan ini di petak utama selepas mencatat masa terpantas pada Jumaat, tetapi dipintas oleh Verstappen dengan serta-merta.

Beliau mengakui yang dirinya berdepan dengan cabaran besar untuk merangkul kemenangan ke-99 kariernya di hadapan 90,000 penyokong. - AFP

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Lewis Hamilton Melawat SMK Seri Keramat

2

Sukan 3 tahun yang lalu

Tiket MotoGP: KBS Komited Perjuang Pengurangan Cukai Hiburan

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Grand Prix F1 Singapura 2022 Catat Rekod Penonton Paling Ramai - Penganjur Perlumbaan

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Sainz Catat Kemenangan Sulung F1 Di Silverstone

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad