web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sainz Catat Kemenangan Sulung F1 Di Silverstone

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jul 2022 7:20AM

Sainz menjulang trofi pemenang GP Britain di atas podium. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SILVERSTONE - Carlos Sainz melintasi garisan penamat di tempat pertama dan mencatatkan kemenangan Formula Satu (F1) pertamanya dalam GP Britain.

Pelumba yang berasal daripada Sepanyol itu bermula daripada posisi pole pertama dalam perlumbaan ke-150 kerjayanya.

Sainz, yang berusia 27 tahun, mengekang cabaran lewat daripada pemandu Red Bull Sergio Perez untuk menamatkan saingan 3.7 saat di depan 142,000 penonton yang hadir di litar Silverstone.  

Kemenangan pelumba Ferrari itu menamatkan urutan enam kemenangan berturut-turut buat Red Bull.

Pelumba tuan rumah, Lewis Hamilton yang memandu untuk Mercedes melengkapkan podium.

Sainz gembira mencatat kemenangan F1 pertamanya di Silverstone, litar di mana beliau mendapat kemenangan pertamanya sebagai seorang pelumba remaja.

“Silverstone litar yang istimewa buat saya,” kata Sainz.

“Kemenangan pertama saya dalam Formula Three adalah disini dan kini 12 tahun kemudian saya dapat keputusan sama dalam F1. Ini adalah keputusan yang istimewa buat saya disini.

“Ini hari yang istimewa. Saya sangat-sangat gembira.” - AFP

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Lewis Hamilton Melawat SMK Seri Keramat

2

Sukan 3 tahun yang lalu

Tiket MotoGP: KBS Komited Perjuang Pengurangan Cukai Hiburan

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Grand Prix F1 Singapura 2022 Catat Rekod Penonton Paling Ramai - Penganjur Perlumbaan

4

Sukan 4 tahun yang lalu

Verstappen Juara GP Miami

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 10 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad