web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Selangor FC 2 Ikat Sarawak United FC

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jul 2021 8:13AM

Pemain Selamgor 2 mengawal bola dalam permainan semalam. - Gambar dari Facebook Selangor FC

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jaringan penalti pemain import Selangor FC 2 George Attram pada babak kedua perlawanan, berjaya menafikan peluang Sarawak United FC untuk mengukuhkan cengkaman di takhta Liga Premier, selepas terikat 1-1 pada aksi di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, Perak, hari ini.

Sarawak United FC terlebih dahulu berada di hadapan, selepas penyerang import Uche Agba, yang mendapat kuisan dari Lee Chang-hoon, dengan mudah menolak masuk bola ke gawang Selangor FC 2, pada minit ketiga masa kecederaan, separuh masa pertama.

Namun, pasukan tuan rumah hanya mengambil masa empat minit untuk menyamakan kedudukan sebaik sahaja babak kedua perlawanan bersambung, apabila Attram dengan tenang menyempurnakan sepakan penalti yang diberikan pengadil, selepas bola terkena tangan pemain pertahanan Sarawak United FC Muhammad Zahril Azri Zabri.

Selepas 11 perlawanan, Sarawak United FC kini mengumpul 24 mata, hanya dipisahkan dua mata oleh pasukan di tangga kedua iaitu Negeri Sembilan FC dengan 22 mata.

Sementara itu, satu lagi keputusan seri dicatatkan dalam perlawanan membabitkan Perak FC II dan Kelantan FC di Stadium Perak, Ipoh yang berkesudahan 1-1.

Selepas tiada jaringan dicatatkan pada babak pertama, penyerang gantian Nurshamil Abd Ghani, meletakkan pelawat di depan pada minit ke-56, sebelum pemain tengah Perak FC II Mohamad Aizat Safuan Razali menyelamatkan tuan rumah daripada tewas dengan menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-69.

Keputusan itu menyaksikan Kelantan FC kekal di tangga ketujuh liga dengan 15 mata, manakala Perak FC II berada di tangga kesepuluh dengan 10 mata.

Perlawanan membabitkan Selangor FC 2 dan Sarawak United itu ditunda dari tarikh asal pada 7 April akibat hujan dan cuaca buruk ke hari ini, manakala aksi di antara Perak FC II dan Kelantan FC yang sepatutnya berlangsung pada 7 Mei lepas juga ditunda, selepas dua pemain pasukan dari Pantai Timur itu positif COVID-19.

Liga Malaysia 2021 sebelum ini berehat selepas perlawanan terakhir pada 9 Mei lepas, bagi memberi laluan kepada skuad kebangsaan beraksi dalam saingan Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu, serta juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam Kejohanan Liga Juara-Juara Asia di Bangkok, Thailand, baru-baru ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Harimau Malaya Juara Pestabola Merdeka 2024, Atasi Lubnan 1-0

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Harimau Malaya Daki 3 Anak Tangga Ranking FIFA

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Kyrgyzstan Lebur Harapan Harimau Malaya

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Tekanan Lebih Daripada Jangkaan - Pan Gon

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad