web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Federer Perbaiki Persembahan, Barty Bergelut Sebelum Menang

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jul 2021 8:32AM

Barty melambai kepada penonton selepas menang perlawanannya. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON - Roger Federer memberikan persembahan yang lebih baik dalam kemenangan pusingan keduanya ke atas pemain dari Perancis Richard Gasquet 7-6 (7-1), 6-1, 6-4 di Wimbledon.

Juara lapan kali yang berusia 39 tahun itu tidak meyakinkan dalam perlawanan pusingan pertama menentang seorang lagi pemain dari Perancis Adrian Mannarino.

Federer juga menjadi pemain lelaki tertua dalam tempoh 46 tahun yang berjaya layak ke pusingan ketiga - Ken Rosewall berusia 40 tahun bila beliau layak ke pusingan ketiga di All England Club pada 1975.

Bintang Switzerland itu akan menentang pemain dari Britain Cemeron Norrie untuk slot ke pusingan seterusnya.

Pilihan kedua kejohanan Daniil Medvedev mengetepikan cabaran pemain muda Sepanyol Carlos Alcaraz yang berusia 18 tahun dengan mudah.

Beliau akan bertembung dengan Marin Cilic di pusingan seterusnya.

Pemain wanita Australia Ashleight Barty terus bergelut dengan prestasi tidak menentu dalam kemenangannya menentang Anna Blinkova 6-4, 6-3.

Pemain No 1 dunia itu memberikan persembahan penuh dengan unforced errors dan mengaku yang perlawanan itu mungkin memihak kepada lawannya jika beliau terus melakukan kesilapan.

Barty akan bertemu dengan Katerina Siniakova di pusingan seterusnya. - AFP

Keputusan lain:

Alexander Zverev mengalahkan Tennys Sandgren 7-5, 6-2, 6-3

Barbora Krejcikova mengalahkan Andrea Petkovic 7-5, 6-4

Coco Gauff mengalahkan Elena Vesnina 6-4, 6-3

Angelique Kerber mengalahkan Sara Sorribes Tormo 7-5, 5-7, 6-4

Magda Linette mengalahkan Elina Svitolina 6-3, 6-4

Shelby Rogers mengalahkan Maria Sakkari 7-5, 6-4

Sorana Cirstea mengalahkan Victoria Azarenka 7-6 (7-5), 3-6, 6-4

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 tahun yang lalu

Becker Jadi Pengulas Untuk Eurosport Jerman Di Terbuka Australia

2

Sukan 3 tahun yang lalu

Bintang Tenis Sensasi Roger Federer Umum Bersara

3

Sukan 4 tahun yang lalu

Bintang Tenis Australia Ash Barty Umum Persaraan Mengejut

4

Sukan 4 tahun yang lalu

Australia Batal Visa Djokovic Untuk Kali Kedua

Sorotan

1

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

2

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

3

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

4

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

5

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

6

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 42 minit yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 48 minit yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar