web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pohang Steelers Benam JDT, 3 Gol Hasil Sepakan Penalti

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jun 2021 7:53AM

JDT tewas 1-4 kepada Pohang Steelers dalam kempen Liga Juara-juara Konfederasi Bola Sepak Asia di Stadium Nasional Rajamangala, Bangkok, malam tadi. - Gambar Facebook JOHOR Southern Tigers

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Peluang Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk mara ke pusingan kalah mati kempen Liga Juara-Juara Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menerima tamparan selepas tewas 1-4 kepada Pohang Steelers FC, di Stadium Nasional Rajamangala, Bangkok, malam ini.

Disiplin bertahan kurang kemas JDT terutama dalam kawasan kotak penalti membawa padah apabila tiga daripada empat gol Pohang Steelers FC hadir menerusi sepakan penalti susulan kekasaran dilakukan barisan pemain skuad Harimau Selatan.

Kekalahan kedua dicatat JDT pada aksi ketiga Kumpulan G itu menyaksikan kedudukan JDT di tempat kedua dengan mengumpul tiga mata dipintas Pohang Steelers yang mengutip enam mata setakat ini.

Pada aksi tersebut, skuad bimbingan Benjamin Mora terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke-17 menerusi tonggak import Leandro Velazquez selepas rembatan kaki kiri dari luar kotak penalti penyerang kelahiran Argentina itu terkena kaki pertahanan lawan sebelum menerjah jaring.

Kegembiraan itu tidak bertahan lama apabila 10 minit kemudian Boris Tashti menyamakan kedudukan buat Pohang Steelers menerusi sepakan penalti selepas Leandro dipersalahkan mengasari penyerang lawan Goh Young-Jun.

Skuad kendalian Kim Gi Dong kemudian mendahului permainan 2-1 pada minit ke-35 dengan giliran kapten Kang Sang-Woo mencetak nama sebagai penjaring apabila menyempurnakan sepakan penalti yang diambil semula selepas Mohd Farizal tidak berada di garisan gol pada sepakan pertama.

Bersambung babak kedua, JDT tampil lebih garang dengan mencipta beberapa peluang jaringan, namun percubaan penyerang import dari Brazil Bergson da Silva pada minit ke-49 tepat ke arah penjaga gol sementara tandukan deras pemain tengah Natxo Insa pada minit ke-56 sekadar melewati palang.

Pohang Steelers hampir meraih gol ketiga pada minit ke-66 apabila tandukan pemain pertahanan Matthew Davies terkena palang ketika dalam usaha mengeluarkan bola sepakan percuma Sin Jin-Ho.

Memasuki 10 minit terakhir perlawanan, keterujaan JDT memburu gol penyamaan menyaksikan disiplin bertahan JDT semakin longgar sehingga dibolosi dua gol masing-masing menerusi pemain gantian Kwon Gi-Pyo pada minit ke-82 sebelum Lim Sang-Hyub meledak gol keempat pasukan melalui sepakan penalti pada masa tambahan.

Saingan Kumpulan G menyaksikan kelab dari Jepun Nagoya Grampus kekal sebagai peneraju apabila mengumpul sembilan mata selepas menewaskan wakil Thailand Ratchaburi FC 4-0 dalam satu lagi aksi kumpulan yang berlangsung semalam. - Bernama

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad