web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wujudkan Dana Khas Jamin Kelangsungan Industri Sukan - Steven Sim

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2021 1:36PM

Industri gimnasium dan kecergasan dilaporkan mengalami kerugian lebih RM110 juta sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan pada 18 Mac tahun lalu. - Gambar fail

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa untuk mewujudkan sebuah dana khas untuk menjamin kelangsungan industri sukan dan kecergasan yang semakin lumpuh dibelenggu pandemik COVID-19.

Cadangan itu disuarakan oleh Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong, yang merasakan sekurang-kurangnya sejumlah RM100 juta patut diperuntukan kepada dana tersebut.

“RM100 juta hanya lebih kurang 10 peratus daripada belanjawan tahunan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan tidak keterlaluan untuk digunakan bagi menyelamatkan industri sukan Malaysia ketika banyak program KBS yang lain tidak dapat dilaksanakan pada tahun ini,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, peruntukan dari Dana Kelangsungan Industri Sukan yang dicadangkannya itu boleh digunakan menerusi lima jenis program bantuan kerajaan.

Antara lain, ia melibatkan subsidi bulanan sehingga 50 peratus sewa atau maksimum RM5,000 kepada perniagaan industri sukan yang diarahkan untuk ditutup sepanjang tempoh arahan penutupan kerajaan. 

"Untuk perniagaan industri sukan di premis kerajaan, pengecualian sewa patut diberikan sepanjang tempoh arahan penutupan kerajaan.
 
"Kerajaan juga boleh menimbangkan geran pendigitalan sehingga RM10,000 untuk membantu industri sukan beralih ke teknologi Industri 4.0 bagi menghadapi norma baharu," jelasnya.

Sim menarik perhatian, pemberian Geran Khas Prihatin untuk Industri Sukan sebanyak RM2,000 secara one-off pula diyakini dapat membantu sektor ini yang sudah terjejas teruk sejak Mac 2020.
 
"Mohon keprihatinan kerajaan untuk turut menimbangkan pemberian bantuan bulanan RM1,000 kepada individu bekerja sendiri dalam industri sukan yang terjejas dengan arahan penutupan kerajaan sepanjang tempoh tersebut.
 
"Selain itu, berikan juga elaun peningkatan kemahiran dan latihan semula sebanyak RM1,000 sebulan untuk individu dalam industri sukan yang mengambil kursus sukan serta kejurulatihan yang diiktiraf oleh Kementerian Belia dan Sukan," ujarnya.

Sim turut membidas tindakan kerajaan yang mengarahkan penutupan semua pusat kecergasan dan gimnasium sepanjang tempoh penguatkuasaan Sekatan Pergerakan Penuh sejak 1 Jun lalu.

“Saya juga menggesa kerajaan untuk menggunakan pendekatan berlandaskan data dan sains dalam mengeluarkan arahan penutupan, bukan memangsakan sektor tertentu dengan label 'perlu' dan 'bukan keperluan utama'.

“Kerajaan patut melaksanakan penilaian risiko ke atas premis-premis perniagaan industri sukan sebelum membuat keputusan arahan penutupan," tegasnya.

Arahan penutupan yang tidak adil itu jelas beliau, tidak patut dikeluarkan jika pengusaha mampu membuktikan kemampuan mereka mengurangkan risiko jangkitan di premis ke tahap paling minima.

Pada minggu lepas, industri gimnasium dan kecergasan dilaporkan mengalami kerugian lebih RM110 juta sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan pada 18 Mac tahun lalu. - Getaran, 26 Jun 2021.

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad