web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KBS Minta MSN Cari Lokasi Kuarantin Berhampiran SIC Untuk Atlet Sukan Permotoran

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jun 2021 8:34PM

Zulfahmi menyatakan kekecewaan terhadap penetapan bagi atlet permotoran yang terpaksa menjalani kuarantin 14 hari di hotel. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KEPALA BATAS - Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) meminta Majlis Sukan Negara (MSN) mempertimbangkan lokasi kuarantin yang berdekatan dengan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) agar pelumba negara boleh menjalani latihan ketika tempoh berkenaan.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican turut berpendapat atlet sukan permotoran juga perlu diberikan kemudahan seperti di Kompleks Sukan Kampung Pandan seperti atlet negara yang dalam persediaan ke Sukan Olimpik dan Paralimpik agar mereka sentiasa dalam keadaan cergas.

“Saya akan membawa perkara ini berhubung isu atlet permotoran negara untuk menjalani latihan ketika tempoh kuarantin kepada MSN kerana kita faham jika berada di hotel ia akan memberi kesan (kepada stamina mereka).

“Jadi untuk atlet permotoran ini, saya tengah fikirkan model yang sama macam Kompleks Sukan Kampung Pandan, tentu sekali kena cari tempat yang berdekatan dengan SIC untuk dijadikan kuarantin khas untuk mereka (atlet permotoran), mereka pulang ‘travel back’ jangka masa singkat, jika menginap di  hotel ini akan beri kesan.

“Permintaan itu sesuatu yang wajar diberi perhatian dan diambil tindakan segera memandangkan sukan permotoran menjulang nama negara di persada antarabangsa kebelakangan ini, antaranya kemenangan Sharifuddin Azman dan Hafizh Syahrin Abdullah,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan di PPV Dewan Millennium, di sini hari ini.

Reezal berkata demikian mengulas laporan akhbar mengenai kenyataan Pengurus Pasukan SIC Talent ZK Racing Zulfahmi Khairuddin semalam yang meluahkan kekecewaan terhadap penetapan bagi atlet permotoran yang terpaksa menjalani kuarantin 14 hari di hotel selepas pulang dari luar negara yang memberi kesan terhadap tahap kecergasan pelumba.

Sementara itu, dalam perkembangan lain Reezal Merican yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas berkata terserah kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk membuat penilaian sama ada mahu menerima tawaran Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menawarkan diri  menguruskan skuad Harimau Malaya.

Katanya, selaku Menteri Belia dan Sukan, beliau tidak boleh campur tangan dalam kuasa FAM dan membiarkan pengurusan FAM membuat keputusan terhadap tawaran itu namun berpandangan Tunku Ismail adalah personaliti yang mempunyai rekod cemerlang mengemudi kelab Johor Darul Ta’zim (JDT).

“Kalau TMJ sendiri yang sudah jelas rekodnya yang memiliki pasukan JDT, beliau ada pemacu kuat dalam pembangunan pasukan bola sepak terutamanya JDT berjaya, kemahuan melakukan pelaburan agak signifikan dan besar dalam sukan oleh JDT dan TMJ sendiri.

“Jadi ini satu pemacu yang boleh jadi dorongan kepada keupayaan melakukan lonjakan yang lain.

“Saya serahkan kepada FAM untuk memutuskan apa yang mereka fikirkan.. Biar FAM menilai, seperti saya sebutkan tadi bagi menilai TMJ, baginda ada rekod tersendiri,” katanya.

Tunku Ismail baru-baru ini menyatakan kesediaannya dengan menawarkan diri untuk mengendalikan dan menguruskan skuad kebangsaan dalam saingan antarabangsa selepas ini.

Ia berikutan, kekalahan demi kekalahan dialami oleh skuad kendalian Tan Cheng Hoe dalam empat aksi antarabangsa yang dilalui setakat ini selepas berehat selama 18 bulan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Pegawai NADMA, SMART Dihantar Ke Luar Negara Jalani Latihan Pengurusan Bencana 

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Rapid KL Sedia Bas Khas Pada 10 Hingga 12 November Sempena MotoGP

3

Politik 2 tahun yang lalu

Dipecat Bukan Halangan, KJ Tetap Kempen Untuk Sahabat Baik

4

Politik 2 tahun yang lalu

Keserasian Kerajaan Jadi Faktor, Yakin Raih Sokongan Pengundi Untuk PRN - Reezal

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad