web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Keserasian Kerajaan Jadi Faktor, Yakin Raih Sokongan Pengundi Untuk PRN - Reezal

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jul 2023 9:00PM

Reezal Merican Naina Merican - Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keserasian antara kerajaan negeri dan Persekutuan diyakini menjadi antara faktor yang akan dipertimbang pengundi dalam enam Pilihan Raya Negeri (PRN), tidak lama lagi. 

Ketua Jabatan Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, pelbagai pihak khususnya rakyat mendambakan pentadbiran yang baik serta berwibawa di setiap negeri.

Beliau berpandangan, pola pengundian tidak lagi sama seperti Pilihan Raya Umum-15 (PRU-15) lalu, kerana parti politik dari blok kerajaan sudah membentuk gabungan besar bersama Kerajaan Perpaduan.

"Dalam keadaan Kerajaan Persekutuan cukup utuh dengan 148 kerusi di Dewan Rakyat, mungkin rakyat lihat kepada kelangsungan serta keserasian yang boleh dibentuk selepas PRN, antara kerajaan negeri dan Persekutuan. 

"Perkara itu sudah tentu diambil kira yang akhirnya mampu mendatangkan keuntungan kepada rakyat. Saya tak nafikan, mungkin ada 'rasukan' tertentu bagi membuatkan rakyat terpukau dari segi emosi, psikologi dan persepsi. Namun, akan ada juga pertimbangan lain bersandarkan situasi terbabit," katanya menerusi kenyataan, hari ini. 

Sehubungan itu, Reezal Merican berkata, BN tetap optimis untuk mewujudkan pentadbiran baik serta wibawa, demi membentuk kestabilan lebih dinamik antara Persekutuan dan negeri hingga akhirnya mendatangkan keuntungan buat rakyat. 

"Di Kedah, ramai pemimpin yang ada pengalaman menjadi anggota pentadbiran di peringkat Persekutuan serta negeri. Kita mungkin akan dapat membentuk kestabilan antara negeri dan Persekutuan,” katanya.

Sementara itu, Reezal Merican berkata, kesiap siagaan jentera UMNO di enam negeri bagi berdepan PRN kali ini berada pada tahap cukup tinggi.

Sebagai contoh katanya, jentera UMNO Kedah bersedia untuk bekerja bersungguh-sungguh dan tidak lagi terganggu dengan keputusan PRU lepas yang tidak memihak kepada mereka.

“Dalam apa keadaan pun, UMNO di Kedah tidak akan berputus asa kerana rakyat negeri ini masih dambakan sebuah pentadbiran yang baik. Sebab itu kami di sini menggunakan istilah ‘kalih bagi sama’ bagi tujuan mengharmonikan kedua-dua pentadbiran demi rakyat.

“Mengenai sasaran Perikatan Nasional (PN) yang menyasarkan negeri-negeri tertentu untuk ditawan mereka, kita tak boleh halang mereka buat jangkaan sendiri. Saya tak boleh dedah apa kita sudah laksanakan namun kesiapsiagaan parti bagi berdepan PRN kini berada di tahap tertinggi,” katanya. – 3 Julai 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

4

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Penempatan Haram Rohingya Diroboh, Desakan Rakyat Diberi Perhatian

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 14 jam yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga