web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Paris 2024: Aaron-Wooi Yik Hadapi Misi Pertahan Gangsa Malam Ini

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Aug 2024 9:37AM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PARIS - Malaysia berpeluang untuk meraih pingat pertama di Sukan Olimpik Paris 2024, apabila Aaron Chia-Soh Wooi Yik turun beraksi dalam penentuan gangsa acara badminton beregu lelaki pada 3 petang ini (9 malam di Malaysia).

Dalam misi mempertahankan pingat gangsa yang dimenangi di Tokyo 2020, mereka akan berdepan cabaran beregu nombor dua dunia, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dari Denmark di Porte de La Chapelle Arena di sini.

Berdasarkan rekod pertemuan, Aaron-Wooi Yik yang merupakan juara dunia 2022, telah memenangi tujuh daripada 11 perlawanan, namun tewas kepada naib juara Kejohanan Dunia 2023 itu dalam pertemuan terakhir di Terbuka Singapura, Mei lepas.

Di Tokyo 2020, Aaron-Wooi Yik berjaya menewaskan bekas juara dunia dari Indonesia Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan untuk membawa pulang pingat gangsa.

Aaron-Wooi Yik terlepas peluang untuk menukar warna pingat ke emas atau perak, selepas tewas 19-21, 21-15, 17-21 kepada beregu utama dunia Liang Wei Keng-Wang Chang dari China dalam pertarungan separuh akhir yang sengit pada Jumaat.

Final acara beregu lelaki bakal menyaksikan pertembungan epik antara juara bertahan Lee Yang-Wang Chin Lin dari Taiwan dan juara Asia Wei Keng-Chang pada 4.10 petang (10.10 malam di Malaysia).

Sementara itu, pemain perseorangan lelaki profesional Lee Zii Jia turut akan beraksi dalam acara separuh akhir menentang juara dunia 2023, Kunlavut Vitidsarn dari Thailand pada 10.50 pagi (4.50 petang di Malaysia).

Zii Jia sebelum ini menewaskan pemain nombor tiga dunia dari Denmark, Anders Antonsen 21-17, 21-15 pada Jumaat, manakala Kunlavut mengejutkan pemain nombor satu dunia dari China, Shi Yu Qi menerusi kemenangan 21-12, 21-10.

Dalam pada itu, hasrat beregu wanita Pearly Tan-M. Thinaah untuk membutirkan pingat buat kontinjen negara tidak kesampaian selepas tunduk 11-21, 11-21 kepada pasangan nombor empat dunia dari Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida dalam aksi penentuan pingat gangsa pada Sabtu. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Singapura 10 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar