web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Djokovic, Nadal Catat Rekod Baharu Di Terbuka Perancis

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jun 2021 8:39AM

Djokovic meraikan kemenangannya di pusingan ketiga Terbuka Perancis. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PARIS - Novak Djokovic dan Rafael Nadal mencatat rekod baharu di Terbuka Perancis selepas layak ke pusingan keempat tanpa masalah.

Walaupun hari jadi ke 40nya makin dekat, Roger Federer menunjukkan yang beliau masih berbisa selepas layak ke minggu kedua kejohanan buat kali ke 15 dalam perlawanan yang berakhir di awal pagi Ahad.

Djokovic, yang mengejar Grand Slam ke-19nya, mengetepikan Ricardas Berankis dari Lithuania yang berada di rankin 93 dunia, 6-1, 6-4, 6-1.

Pemain No 1 dunia itu layak ke pusingan 16 terakhir untuk kali ke-12 berturut-turut dan akan bertemu dengan pemain berusia 19 tahun Lorenzo Musetti.

Juara bertahan Nadal mencatat rekod selepas layak ke pusingan keempat buat kali ke-16, dan juga memperoleh kemenangan ke 103 di Paris yang juga jumlah kemenangan terbanyak di satu kejohanan Grand Slam.

Beliau melepasi rekod 102 kemenangan Federer di Terbuka Australia. 

Kemenangan 6-3, 6-3, 6-3 Nadal ke atas pemain dari Britain Cameron Norrie melayakkan beliau ke pusingan 16 terakhir kejohanan Major buat kali ke-50.

Nadal, yang mengejar kejuaraan ke-14nya di Roland Garros dan yang ke-21 dalam kariernya, akan bertemu dengan remaja dari Itali Jannik Sinner.

Musetti, di ranking 76 dunia, menundukkan rakan senegara Marco Cecchinato 3-6, 6-4, 6-3, 3-6, 6-3.

Beliau menjadi hanya pemain yang keenam layak ke pusingan ke-empat dalam penampilan pertamanya di kejohanan Grand Slam sejak tahun 2000.

Djokovic berkata beliau kagum dengan gaya permainan Musetti dimana forehand dan backhandnya sangat padu, selepas berlatih dengannya di Monte Carlo tahun ini.

Nadal berjaya mengalahkan Sinner di suku akhir pada tahun lepas tetapi menjangkakan persaingan yang lebih sengit esok.

Pemain dari Sepanyol itu mengakui yang remaja Itali itu pemain yang berbahaya dan Nadal perlu bermain di tahap terbaik untuk menang.

Sinner, pilihan ke-18 kejohanan, layak ke minggu kedua selepas menumpaskan pemain Sweden Mikael Ymer 6-1, 7-5, 6-3.

Federer, yang terikat dengan 20 Major bersama Nadal, layak ke pusingan keempat kejohanan Grand Slam buat kali ke 68 selepas mengalahkan pemain dari Jerman Dominik Koepfer 7-6 (7-5), 6-7 (3-7), 7-6 (7-4), 7-5.

Perlawanan itu tamat pada 12:45 pagi Ahad dan dimainkan di dalam gelanggang Philippe Chatrier yang kosong kerana perintah berkurung COVID-19 kerajaan Perancis.

Pemain yang berusia 39 tahun itu akan bertemu dengan Matteo Berrettini di pusingan seterusnya.

Dalam kategori wanita pula, pemain Republik Czech Barbora Krejcikova layak ke pusingan keempat buat kali kedua berturu-turut dengan mengalahkan Elina Svitolina 6-3, 6-2.

Hanya tinggal 3 daripada 10 pemain pilihan teratas masih beraksi dalam kejohanan tahun ini.

Pemain No 33 dunia Krejcikova akan bertemu dengan juara Terbuka US Sloane Stephens untuk slot ke pusingan suku akhir.

Stephens mengalahkan Karolina Muchova 6-3, 7-5 untuk layak ke pusingan 16 terakhir but kali ketujuh.

Pilihan keempat kejohanan, Sofia Kenin bangkit daripada ketinggalah satu set untuk mengalahkan rakan senegara dari Amerika Syarikat Jessica Pegula 4-6, 6-1, 6-4.

Juara bertahan Iga Swiatek mengalahkan pemain dari Estonia Anett Kontaveit 7-6 (7-4), 6-0.

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 14 jam yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad