web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PFAM Simpati, Isu Tunggakan Gaji KDA FC Cemar Imej Bola Sepak Negara

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Apr 2024 6:25PM

Presiden PFAM Safee Sali. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persatuan Pemain-Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) melahirkan rasa simpati terhadap nasib menimpa pemain Kedah Darul Aman (KDA) FC yang berdepan isu tunggakan gaji menjelang musim baharu Liga Super 2024/2025 dijadual bermula 10 Mei ini.

Presiden PFAM Safee Sali, berkata beliau jelas sedih memikirkan perasaan pemain KDA FC termasuk mereka yang terpaksa menyambut Aidilfitri di kampung halaman masing-masing dalam keadaan kurang menyenangkan ketika ini.

"Kita sememangnya berasa simpati melihat pemain berdepan masalah tunggakan gaji pada musim raya ini dan ia masih belum selesai dengan musim baharu Liga Super hampir bermula tidak lama lagi," katanya kepada Bernama. 

Safee berkata, pihaknya akan menyemak kemajuan kes berkenaan dengan peguam PFAM.

Katanya, kemelut melanda pasukan Sang Kenari itu juga sekali lagi mencemar imej bola sepak negara memandangkan peminat bola sepak saban musim terus disajikan dengan cerita kurang enak berhubung masalah serupa sebelum saingan baharu liga bermula.

Safee berkata, kegagalan pihak pengurusan KDA FC mengurus dana dengan baik boleh mengundang risiko Sang Kenari hilang daripada radar Liga Super, sekali gus mengurangkan kemeriahan kancah bola sepak tempatan musim depan. 

"Jika pasukan sebesar Kedah yang mempunyai peminat besar dalam negara tidak beraksi, (ia) satu petanda kurang baik buat liga kita. Bukan sahaja peminat, malah pemegang saham dan pihak terlibat juga bakal terkena tempiasnya dengan berdepan kerugian besar dalam situasi ini," kata bekas penyerang kebangsaan itu.

Pada 5 April lepas, KDA FC menerima padah apabila dikenakan hukuman pemotongan tiga mata saingan Liga Super musim 2024/2025 dan denda RM50,000 kerana kegagalan membuat penyelesaian penuh tunggakan gaji 2023.

Pengerusi badan bebas First Instance Body (FIB), Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif, berkata ia selepas pasukan berkenaan didapati gagal mematuhi ketetapan syarat menyelesaikan keseluruhan tunggakan gaji pada 30 Mac lepas. 

Sekiranya Kedah gagal membuat pembayaran penuh tunggakan gaji atau mengemukakan bukti dokumen kewangan bagi menyelesaikan pembayaran pada 5 petang, 20 April, Lesen Kebangsaan pasukan itu boleh ditarik balik sekali gus tidak layak beraksi dalam saingan Liga Super 2024/2025.

Dalam pada itu, bekas penyerang Kedah Akmal Rizal Ahmad Rakhli berharap pasukan lamanya itu mampu diselamatkan daripada tersingkir dalam saingan Liga Super musim depan.

Seandainya Kedah tidak mewarnai kancah Liga Super, Akmal Rizal yang sedih dengan kemelut melanda pasukan itu, yakin saingan musim depan akan kehilangan serinya memandangkan pasukan dari utara tanah air itu sering berada dalam kelompok teratas liga sebelum ini.

"Bagaimanapun, keputusan akhir bergantung kepada pihak penganjur sama ada Kedah mampu selesaikan apa diminta sebelum ini. Namun, saya yakin pihak pengurusan pasukan sedang berusaha untuk cuba menyelesaikannya dalam masa terdekat," kata Ketua Jurulatih Penang FC itu.

Sementara itu, pemerhati bola sepak tempatan, Mohd Sadek Mustafa, berkata sekiranya penyingkiran KDA FC itu menjadi kenyataan disebabkan kemelut gaji, ia bakal memberi implikasi besar terhadap nilai tambah Liga Super musim depan memandangkan mereka adalah antara pencabar utama kepada juara 10 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim selain Selangor FC, Sri Pahang FC dan Sabah FC. 

"Situasi ini sudah tentu memberi impak besar secara keseluruhannya kepada Liga Super itu sendiri dari aspek kewangan, penajaan, kehadiran penyokong ke stadium serta bilangan penonton di kaca televisyen," katanya.

Sang Kenari memiliki sejarah tersendiri dalam kancah liga tempatan apabila pernah memenangi gelaran treble dua kali berturut-turut dengan kejayaan menjuarai Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia pada musim 2007 dan 2008.

Kedah setakat ini pernah menjulang Piala Malaysia dan Piala FA lima kali, selain Piala Sumbangsih sebanyak tiga kali. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Singapura 12 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad