Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kedudukan Teratas Beri Tonik Tambahan Menentang Oman - Kim Pan Gon

Sukan Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 21 Mar 2024 8:36AM

gambar FB FAM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pertukaran jurulatih Oman baru-baru ini tidak mematahkan semangat skuad Harimau Malaya untuk membuktikan kekuatan mereka pada pusingan kedua aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Oman di Muscat esok (jam 2 pagi Jumaat waktu Malaysia).

Ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon berkata, pasukannya telah mengkaji ciri-ciri setiap pemain Oman sebagai persediaan menghadapi perlawanan esok dalam usaha memberi tentangan sengit kepada pasukan ranking ke-80 dunia itu.

Beliau mengakui walaupun sukar meramalkan taktikal permainan pasukan Oman di bawah jurulatih baharu Jaroslav Silhay, namun ia bukan penghalang buat Harimau Malaya.

"Kami sebenarnya banyak mengkaji perlawanan sebelum ini sehingga Piala Asia, kami sangat yakin untuk mengetahui semua elemen pasukan Oman dengan kehadiran jurulatih baharu mereka.

"Kami tahu semua perwatakan pemain individu...saya fikir dalam masa 10 minit perlawanan, kita boleh mengetahui elemennya, "katanya dalam sidang media disiarkan secara langsung di Oman, malam tadi.

Pan Gon berkata, kedudukan Malaysia di tangga teratas Kumpulan D pada pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 itu turut memberi tonik tambahan kepada pasukan negara untuk bersaing menentang negara Timur Tengah itu esok.

Bagaimanapun, katanya, anak buahnya tidak harus mengambil mudah perlawanan esok kerana Oman memiliki barisan depan yang mantap.

"Kami mesti kekal di carta teratas dan sedar belum mengalahkan Oman," katanya.

Selepas perlawanan esok, Malaysia di ranking ke-132 dunia akan menentang lawan sama di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 26 Mac ini.

Skuad Harimau Malaya akan bertemu Kyrgyzstan di Bishkek pada 6 Jun sebelum melengkapkan kempen Kumpulan D berdepan Taiwan di Bukit Jalil pada 11 Jun.

Malaysia kini mendahului saingan kumpulan dengan enam mata, diikuti Oman di tempat kedua, yang berkongsi tiga mata dengan Kyrgyzstan di tempat ketiga, manakala Taiwan berada di tangga tercorot tanpa sebarang mata.

Dua pasukan teratas dalam setiap kumpulan layak ke pusingan ketiga dan mengesahkan tempat mereka ke Piala Asia 2027, manakala dua pasukan terbawah akan bermain di pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 minggu yang lalu

Ranking Harimau Malaya Jatuh 6 Anak Tangga

2

Sukan 3 minggu yang lalu

Pan Gon Belum Mengalah, Nafi Sedia Tinggalkan Harimau Malaya

3

Sukan 4 minggu yang lalu

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Kekalahan Kepada Oman Bukan Pengakhiran - Pan Gon

Sorotan

1

Dakwa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Kritikan, Syed Saddiq Diminta Tidak Hipokrit - Fahmi

2

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

3

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

4

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

5

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

6

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

oleh Wartawan Getaran

Semasa 20 jam yang lalu

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

Semasa 19 jam yang lalu

Tiada Kasino Akan Dibuka, Bakal Beroperasi Di Johor - MB

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok