Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Misi Harimau Malaya Pertahan Rekod Tanpa Kalah Di Muscat Mencabar

Sukan Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 20 Mar 2024 4:52PM

Skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon terus fokus melakukan persiapan pada sesi latihan ketiga di Muscat, Oman. - gambar FAM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia berpeluang meneruskan aksi sensasi ketika berdepan pasukan ranking dunia ke-80 Oman, pada perlawanan ketiga Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 di Muscat, Khamis malam ini (Jumaat, 2 pagi waktu Malaysia).

Selepas mengejutkan Kyrgyzstan 4-3 dan menewaskan Taiwan 1-0 tahun lepas, kemenangan ataupun sekurang-kurangnya keputusan seri berdepan skuad Red Warriors itu, akan memastikan Malaysia kekal sebagai pendahulu Kumpulan D, dengan berbaki tiga perlawanan.

Malaysia, di ranking ke-132, kini mengumpul enam mata diikuti Oman kedua yang berkongsi tiga mata bersama Kyrgyzstan di tempat ketiga, manakala Taiwan tercorot tanpa sebarang mata.

Justeru, satu mata di Muscat sudah cukup untuk memastikan skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon kekal di landasan tepat, untuk mencipta sejarah baharu membawa Malaysia layak ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia buat julung kali.

la juga akan meredakan tekanan dan meletakkan pasukan di kedudukan lebih selesa, apabila dijadual melayani kunjungan lawan sama di Stadium Nasional di Bukit Jalil pada 26 Mac ini.

Namun, pertembungan di Kompleks Sukan Sultan Qaboos di Muscat, terlebih dahulu bakal memberikan cabaran hebat kepada anak buah Pan Gon, yang kekurangan minit perlawanan kompetitif berbanding barisan pemain Oman, selepas liga domestik hanya akan bermula Mei depan.

Malaysia juga menerima tamparan awal apabila berlepas ke Muscat tanpa ketua pasukan Matthew Davies dan Junior Eldstal susulan kecederaan, namun Pan Gon memiliki pilihan yang pelbagai bersama 24 pemain dalam skuad kali ini antaranya dibarisi 18 pemain skuad Piala Asia 2023 di Qatar, Januari lepas.

Pan Gon turut menyenaraikan empat pemain utama skuad Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan iaitu dua pemain tengah Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi dan Nooa Laine, serta dua pemain pertahanan Muhammad Azam Azmi Murad dan Harith Haiqal Adam Afkar.

Berdasarkan rekod tiga pertemuan terakhir, Malaysia menang sekali selepas menewaskan Oman 2-0 pada kejohanan Pestabola Merdeka 2000, sebelum tumpas 0-3 dan 0-6 pada perlawanan persahabatan antarabangsa di gelanggang lawan masing-masing pada 2010 dan 2015.

Aksi bertemu Malaysia kali ini menjadi tugasan pertama ketua jurulatih Oman yang baharu dari Republik Czech Jaroslav Silhavy, yang menggantikan Branko Ivankovic dari Croatia susulan prestasi kurang memuaskan pasukan pada kempen Piala Asia 2023.

Sebelum itu, pada kempen Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027, Oman di bawah bimbingan Ivankovic bermula dengan cemerlang selepas meraih kemenangan 3-0 ke atas Taiwan, namun tewas mengejut 0-1 kepada Kyrgyzstan. 

Pada Piala Asia 2023, Oman gagal meraih sebarang kemenangan selepas tewas kepada Arab Saudi 1-2, diikuti seri 0-0 dengan Thailand dan terikat 1-1 menentang Kyrgyzstan, sekali gus menamatkan saingan Kumpulan F di kedudukan ketiga dan gagal ke pusingan 16 terbaik.

Keputusan di Qatar menyaksikan Silhavy membuat sedikit rombakan dalam pasukan kali ini, termasuk memanggil semula empat pemain iaitu penyerang Abdulaziz al Maqbali dan Hatim al Roshdi, serta pemain pertahanan Mohammed al Musallami dan pemain tengah Mohammed al Ghafri.

Silhavy turut tidak perlu bimbang mengenai tahap kecergasan para pemainnya, apabila saingan liga domestik di sana sedang berjalan sekali gus menambah kelebihan Oman, selain faktor bermain di laman sendiri dan misteri taktikal permainan di bawah pengendali baharu.

Bagaimanapun, kekurangan yang dimiliki Malaysia tidak memberi sebarang jaminan kepada Oman, malah kejutan mungkin berlaku seperti mana dilakukan anak buah Pan Gon yang menampilkan semangat juang tinggi ketika mengikat gergasi Asia, Korea Selatan 3-3 pada aksi kumpulan Piala Asia 2023. 

Selepas dua perlawanan menentang Oman, Malaysia akan bertemu Kyrgyzstan di Bishkek pada 6 Jun dan menamatkan saingan kumpulan D menentang Taiwan di Bukit Jalil pada 11 Jun.

Dua pasukan teratas setiap kumpulan layak ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 dan mengesahkan tempat ke saingan Piala Asia 2027, sementara dua pasukan terbawah akan beraksi dalam pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027. - BERNAMA

Sorotan

1

Kabinet Belum Bincang Kenaikan Harga Petrol Dan Diesel, Laporan Media Asing Tidak Betul – Fahmi

2

Pemohon Rayuan Haji Sudah Mula Terima Jawapan

3

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

4

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

5

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

6

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Bangkit Dari Kealpaan, Kecuaian, Kelemahan Jika Mahu Perubahan Sebenar - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

Jentera UMNO Wajib Kerja Keras Menangkan Calon Perpaduan Di KKB

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 4 jam yang lalu

Kabinet Belum Bincang Kenaikan Harga Petrol Dan Diesel, Laporan Media Asing Tidak Betul – Fahmi

Semasa 9 jam yang lalu

Cuepacs Selangor Kecewa Ahli Parlimen PN Cuba Gagalkan Kenaikan Gaji Penjawat Awam

oleh Diyana Nawwar