web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Ditawar Secara Rasmi Jadi Tuan Rumah Sukan Komanwel 2026

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Mar 2024 9:02AM

Tan Sri Mohamad Norza Zakaria. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) menawarkan peluang kepada Malaysia untuk menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026 bagi menggantikan Victoria, Australia, yang menarik diri tahun lepas.

Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dalam kenyataan semalam, berkata tawaran itu merangkumi pelaburan kewangan yang besar menjangkau 100 juta pound (kira-kira RM601 juta)untuk menyokong perancangan bagi penganjuran edisi 2026itu.

"Susulan undangan rasmi daripada CGF kepada MOM yang juga dikenali sebagai Persatuan Sukan Komanwel (CGA) Malaysia bulan lepas, MOM telah memulakan perbincangan dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengenai kemungkinan menganjurkan Sukan Komanwel 2026 selepas pembida yang menang iaitu Victoria, Australia menarik diri tahun lepas," menurut kenyataan itu. 

 Presiden MOM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, dalam kenyataan sama berkata, CGA Malaysia berpandangan kerajaan perlu menimbangkan peluang sekali seumur hidup itu, di samping sokongan serta pelaburan kewangan berkaitan, meneruskan legasi kejayaan Malaysia yang pernah menganjurkan Sukan Komanwel Kuala Lumpur 1998, dan mengembalikan kemegahan negara dalam arena sukan dunia.

Menurutnya, dengan kemudahan bertaraf dunia sedia ada, Malaysia berupaya menjadi tuan rumah acara antarabangsa seperti Sukan Komanwel yang melibatkan 74 negara dan wilayah Komanwel.

Mohamad Norza berkata, penganjuran berkenaan pasti akan melibatkan perbelanjaan kerajaan yang minimum serta membawa manfaat sosioekonomi yang besar kepada negara/

“la juga akan meningkatkan Standard Sukan Malaysia seperti yang berlaku selepas Sukan Komanwel 1998," katanya.

Sabtu lepas Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh memaklumkan Kabinet akan membuat keputusan sama ada Malaysia berminat untuk menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026 dalam masa terdekat.

Hannah berkata, KBS sedang menyediakan satu kertas Kabinet yang merangkumi hasil kajian tentang pelbagai aspek penganjuran sukan tersebut.

Persoalanan mengenai Sukan Komanwel 2026 masih menjadi tanda tanya selepas Victoria, yang sepatutnya menjadi tuan rumah edisi ke-23 menarik diri pada Julai tahun lepas disebabkan kenaikan kos penyelenggaraan dari jangkaan awal AUD2.6 bilion (sekitar RM8.09 bilion) kepada AUD7 bilion (kira-kira RM21.78 bilion). 

Kerajaan Victoria juga dilaporkan bersetuju membayar AUD380 juta bagi pelanggaran kontrak kerana gagal menganjurkan acara berkenaan yang dijadualkan dari 17hingga 29 Mac 2026.

Malaysia adalah negara Asia pertama menjadi tuan rumah Sukan Komanwel pada 1998. Pada 2010, sukan empat tahun sekali itu kembali ke rantau ini dan berlangsung di India. - BERNAMA

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad