web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kalahkan Jepun Hadiah Hari Lahir Wooi Yik

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Feb 2024 8:46AM

Soh Wooi Yik selepas berjaya menewaskan beregu Jepun bersama pasangannya, Aaron Chia pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Pemain beregu lelaki utama negara Soh Wooi Yik tersenyum bangga selepas berjaya menewaskan beregu Jepun bersama pasangannya, Aaron Chia di hari ulang tahun kelahirannya yang ke-26 semalam pada aksi separuh akhir pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 di sini semalam.

Wooi Yik, juara dunia 2022 itu berkongsi peristiwa kekalahan kepada pasangan Jepun pada kejohanan sama dua tahun lepas menjadi pembakar semangat buatnya untuk bangkit menewaskan Akira Koga-Taichi Saito dengan menamatkan permainan yang diheret ke set penentuan itu dengan keputusan 15-21, 21-17 dan 21-10 di Pusat Konvensyen Setia City.

"Pada kejohanan BATC dua tahun lalu, saya juga kalah dengan Jepun masa hari lahir. Jadi ia bagi semangat untuk saya bangkit, tidak boleh kalah macam ini. Hari lahir jadi mahu tunjuk (terbaik) kepada peminat (yang hadir).

"Harapan untuk tahun ini? Memang harap saya dan Aaron kejar impian di Sukan Olimpik dan dapat emas untuk Malaysia," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Pada aksi terakhir peringkat Kumpulan B pada kejohanan BATC 2022 menyaksikan Aaron-Wooi Yik ditumpaskan Ayato Endo-Yuta Takei, 21-23 dan 16-21 sehari selepas hari lahirnya (18 Februari).

Bagaimanapun, Malaysia tetap mara ke final kejohanan sama untuk menjulang piala berkenaan buat julung kalinya dengan menewaskan juara bertahan Indonesia 3-0.

Terdahulu, pada edisi 2024 hari ini menyaksikan pasukan lelaki negara hanya selangkah lagi untuk mempertahankan gelaran apabila mara ke final BATC, esok selepas menewaskan Jepun 3-1 pada perlawanan separuh akhir.

Malaysia akan berhadapan perlawanan getir bertemu China pada 4 petang ini, selepas negara Tembok Besar itu mengalahkan Korea Selatan 3-2 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir. - BERNAMA

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 14 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 16 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad