web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pandelela Perjelas Isu 'Entiti', Dakwa Media Salah Tafsir

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Feb 2024 8:21PM

Ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong. gambar Faceboom Pandelela Rinong

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong hari ini menjelaskan isu entiti dengan menyatakan bahawa kata-katanya itu telah disalah tafsir oleh media sehingga menimbulkan spekulasi dan salah faham.

"Isu-isu ini berkaitan dengan latihan. Walau bagaimanapun, ia telah diterjemahkan kepada istilah seperti 'entiti' dan 'pihak ketiga, yang sangat mengelirukan orang ramai.

"Saya tidak mempunyai sebarang platform lain untuk menjelaskan perkara ini kepada orang ramai. Oleh itu telah memutuskan untuk membuat kenyataan ini bagi menjelaskan keadaan. Saya harap perkara ini akhirnya dapat dihentikan," katanya dalam catatan Facebook hari ini.

Prestasi hambar skuad terjun negara pada Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar, minggu lalu,menyaksikan penerjun gagal melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2024 di Paris, yang dijadualkan berlangsung dari 26 Julai -11 Ogos.

Walaupun menyebut terdapat isu apabila ditanya media sejurus tibanya dari Doha, Pandelela berusia 30 tahun itu berkata beliau tidak boleh menghuraikan perkara ini tanpa terlebih dahulu berjumpa dengan pihak berkaitan untuk menjalankan pascanilai (post-mortem).

Kelmarin, Setiausaha Agung Persekutuan Renang Malaysia (MAS), Andy Low berkata mereka akan memulakan siasatan berhubung dakwaan Pandelela yang mendakwa wujud kemelut dalaman sehingga menyebabkan skuad terjun beraksi hambar di Doha.

Bagaimanapun, Low, yang sebelum ini bertemu Pandelela pada hari yang sama, enggan mendedahkan sebarang butiran sehingga siasatan selesai kerana ia perlu dibentangkan dalam mesyuarat pemulihan sebelum dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Kerja bersama Majlis Sukan Negara (MSN).

Di Doha, Malaysia menghantar 13 penerjun termasuk Pandelela, Nur Dhabitah Sabri, Wendy Ng dan Ooi Tze Liang bagi memburu tiket ke Sukan Olimpik Paris.

Bagaimanapun, tiada seorang pun penerjun negara melayakkan diri ke Paris menerusi kejohanan berkenaan.

Penerjun lelaki, Bertrand Rhodict Lises menjadi penerjun tunggal negara yang berjaya menempah tiket ke Paris menerusi acara 10 meter (m) platform individu ketika beraksi di Kejohanan Akuatik Dunia di Fukuoka, Jepun, tahun lalu. - BERNAMA

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 14 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar