web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Latif, Ziyad Tuai Emas Di Dubai

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Feb 2024 12:44PM

Jaguh para olahraga negara, Datuk Abdul Latif Romly dan Muhammad Ziyad Zolkefli bersama-sama pingat emas masing-masing. - gambar Majlis Sukan Negara

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jaguh para olahraga negara, Datuk Abdul Latif Romly dan Muhammad Ziyad Zolkefli terus mempamerkan aksi baik di peringkat antarabangsa, apabila merangkul pingat emas di Dubai 2024 World Para Athletics Grand Prix, semalam.

Pemenang emas Paralimpik sebanyak dua kali, Abdul Latif muncul juara acara lompat jauhl elaki T20 (kecacatan intelektual) dengan lompatan sejauh 7.11 meter (m), sekali gus berada di landasan tepat untuk hatrik emas di Paris 2024.

Athanasios Prodromou (6.81m) dari Greece dan Nikki Tang (6.74m) dari Hong Kong masing-masing membawa pulang perak dan gangsa.

Sementara itu, Muhammad Ziyad mencatatkan lontaran sejauh 16.62m untuk ungguli acara lontar peluru lelaki F20 (kecacatan intelektual).

la cukup untuk mengatasi Muhammet Atici (15.12m) dari Turkiye dan Boonkong Sanepoot (12.80m) dari Thailand, manakala seorang lagi wakil negara, Mohamad Aliff Mohamad Awi menamatkan saingan di kedudukan keempat dengan catatan 12.61m.

Bagi acara lempar cakera berkerusi roda lelaki F54/55/56 (kecacatan fizikal), Muhamnad Amir Abdul Raof menamatkan saingan di kedudukan kedua dengan catatan 26.86m.

Wakil Emiriah Arab Bersatu (UAE) unggul meraih emas dan gangsa masing-masing menerusi Abdulla Mesbahi meraih (22.90m) dan Sultan Alhamsi (23. 10m). - BERNAMA

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 13 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad