web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tunku Panglima Johor Raih Kemenangan Sulung Siri Perlumbaan Asian Le Mans

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Feb 2024 5:47PM

gambar FB The Royal Johor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim memahat sejarah tersendiri bersama pasukan Triple Eight selepas meraih kemenangan sulung kategori GT dalam perlumbaan pusingan keempat siri Asian Le Mans di Litar Yas Marina, Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) semalam.

Menerusi kenyataan pasukan Triple Eight, Tunku Abdul Rahman bergandingan bersama Luca Stolz dan Jordan Love mempamerkan pemanduan cekap sepanjang empat jam perlumbaan, sekali gus merangkul kemenangan manis buat pasukan itu yang pertama kali menyertai siri berkenaan.

Tunku Abdul Rahman memandu jentera Mercedes AMG GT3 bermula di petak kelima dalam masa sama membuktikan penampilan pasukannya di siri perlumbaan itu bukan sekadar pelengkap apabila menamatkan saingan dengan jayanya.

Tunku Abdul Rahman bersama pasukannya dalam masa sama berjaya mengelak daripada sebarang perkara tidak diingini berlaku ketika perlumbaan tersebut.

Pasukan Triple Eight dijadual meneruskan perlumbaan kelima mereka di Abu Dhabi itu hari ini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Siri Asian Le Mans: Agong Zahir Ucapan Tahniah Kemenangan Sulung Tunku Panglima Johor

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Politik 15 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad