web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Simptom Perikarditis Paksa Azizulhasni Tarik Diri Acara Pecut

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Feb 2024 8:57AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR– Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang terlepas peluang untuk menambah kilauan pingat pada Kejohanan Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) di Adelaide, Australia hari ini apabila terpaksa menarik diri daripada acara pecut akibat simptom perikarditis.

Atlet berusia 36 tahun itu terpaksa meninggalkan saingan penentuan pingat gangsa berdepan pelumba tuan rumah yang juga juara dunia 2018 Matthew Glaetzer, selepas mengalami simptom itu usai pusingan separuh akhir.

Pocket Rocketman itu, yang merangkul emas dalam acara kegemarannya keirin semalam, berkata beliau dinasihati supaya menarik diri bagi mengelakkan terlalu membebani jantungnya.

“Meskipun (berdepan) cabaran-cabaran ini, ia adalah hari yang produktif selepas perlumbaan keirin semalam dan saya berikan yang terbaik dalam pecut hari ini. Saya berterima kasih atas sokongan dan keprihatinan semua pihak dan saya minta maaf kerana tidak dapat menghabiskan perlumbaan.

“Sekarang, fokus saya adalah pada pemulihan dan saya akan kembali berlatih secepat mungkin sebaik sahaja saya cergas semula. Terima kasih semua kerana memahami dan memberi galakan,” katanya menerusi hantaran di platform media sosial.

Perikardirtis ialah radang tisu perikardium (selaput berisi cairan yang menyelaputi jantung) yang menyebabkan kesakitan pada dada.

Beliau yang menewaskan Jack Carlin dari Britain dalam suku akhir,  terlepas peluang ke final selepas diketepikan atlet Australia Matthew Richardson pada peringkat peringkat seterusnya.

Juara Sukan Asia Hangzhou Kaiya Ota dari Jepun meraih emas selepas menumpaskan Richardson dalam pusingan akhir.

Seorang lagi wakil negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom, yang mengalami kecederaan susulan kemalangan ketika latihan pada 23 Jan lepas, tersingkir pada pusingan kelayakan selepas menamatkan perlumbaan di tempat ke-32 dengan catatan masa 10.150 saat. (Hanya 28 terbaik mara ke pusingan seterusnya).

Sementara itu, Anis Amira Rosidi dan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri terkandas sekadar di pusingan pertama dalam acara keirin wanita. - BERNAMA

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 14 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad