web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Australia Negara Pertama Ke Suku Akhir Piala Asia 2023 Selepas Benam Indonesia 4-0

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jan 2024 8:21AM

Pemain bola sepak Australia meraikan gol dalam perlawanan dengan Indonesia pusingan 16 terbaik Piala Asia 2023, semalam. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

DOHA - Juara 2015, Australia menepati ramalan apabila menjadi negara pertama mara ke peringkat suku akhir Piala Asia 2023 selepas menewaskan Indonesia 4-0 pada perlawanan pusingan 16 terbaik di Stadium Jassim bin Hamad di sini, semalam.

Lawan menanti Australia di suku akhir Jumaat ini ialah pemenang antara Arab Saudi dan Korea Selatan yang akan membuat perhitungan perlawanan pusingan kalah mati, esok.

Skuad Socceroos meneruskan misi pemburuan gelaran kedua dengan rentak perlahan dan hampir dikejutkan seawal minit keenam apabila kuisan Rafael William Struick yang menyambut hantaran lintang Justin Hubner dari sebelah kiri sedikit melewati palang.

Namun, skuad bimbingan Graham Arnold itu berjaya membuka tirai jaringan selepas hantaran dari sebelah kanan dalam kotak penalti Jackson Irvine terkena kaki Elkan Baggott sebelum terbias ke arah gawang dan gagal diselamatkan Ernando Ari Sutaryadi pada minit ke-12.

Jaringan itu tidak mematahkan semangat skuad Garuda kendalian Shin Tae Yong yang bangkit melancarkan serangan menerusi percubaan kaki kira Hubner dari luar kotak penalti pada minit ke-23 tetapi gagal menewaskan penjaga gol Mathew Ryan.

Menjelang masa tambahan separuh masa pertama, Australia berjaya menggandakan kedudukan pada minit ke-45 apabila hantaran lintang Gethin Jones dari sebelah kanan, disudahkan dengan tandukan terbang Martin Boyle selepas berjaya melepasi kawalan kapten Indonesia, Asnawi Mangkualam Bahar.

Bersambung babak kedua, perlawanan menjadi semakin sengit dan sedikit tegang dengan beberapa siri kekerasan dan terjahan dilakukan kedua-dua pemain pasukan yang menyaksikan pengadil Mohammed Abdulla Hassan melayangkan empat kad kuning dengan tiga dikutip Indonesia.

Ketika permainan dilihat berakhir dengan keputusan 2-0, Australia menambah dua gol dalam tempoh singkat di penghujung permainan.

Pemain gantian Craig Goodwin hanya memerlukan dua minit selepas dimasukkan untuk menjaringkan gol ketiga pasukan pada minit ke-89. berpunca tandukan Irvine yang diselamatkan Ernando sebelum bola melantun tepat ke arah Goodwin yang tenang menyudahkan peluang terhidang.

Dua minit kemudian, pemain pertahanan Harry Souttar memastikan Australia melangkah ke pusingan suku akhir dengan bergaya apabila meledak gol keempat pasukan selepas menyempurnakan hantaran Goodwin menerusi tandukan dari jarak pada masa tambahan.

Keputusan itu menyaksikan Australia mencatat kemenangan ketujuh berturut-turut berdepan Indonesia tanpa dibolosi sebarang gol

Sebagai rekod, ini penampilan pertama Indonesia di pusingan 16 terbaik Piala Asia. - BERNAMA

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar