web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Qatar Pasukan Pertama Layak Ke Pusingan 16 Terbaik Piala Asia 2023

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jan 2024 8:47AM

Aksi pelawanan Kumpulan A Piala Asia antara pasukan Qatar dan Tajikistan. - gambar Reuters

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

DOHA - Juara bertahan Qatar muncul pasukan pertama mengesahkan tempat ke pusingan 16 terbaik selepas menundukkan Tajikistan 1-0 pada perlawanan kedua Kumpulan A saingan Piala Asia 2023 di Stadium Al Bayt di Bandar Al Khor, kira-kira 35 kilometer dari sini, malam tadi.

Kejayaan itu membolehkan skuad The Maroons bimbingan Marquez Lopez meraih kemenangan kedua berturut-urut untuk mendahului saingan kumpulan dengan mengumpul enam mata menjelang perlawanan terakhir bertemu China, minggu depan.

Penyerang kelab Al Sadd, Akram Afif, sekali lagi mencuri tumpuan apabila meledak gol kemenangan pada separuh masa pertama perlawanan sekali gus menyaksikan beliau kini mendahului senarai penjaring terbanyak dengan mengumpul tiga gol.

Jaringan kemenangan itu terhasil pada minit ke-17 menerusi serangan balas pantas apabila Afif yang menerima hantaran Almoez Ali tidak teragak-agak melepaskan rembatan dari jarak dekat yang menewaskan penjaga gol Rustam Yatimov.

Gol pembukaan itu ternyata membakar semangat Qatar yang kemudian memperoleh beberapa peluang antaranya menerusi tandukan Jassem Gaber pada minit ke-39 dan rembatan Afif pada minit ke-43, yang memaksa Yatimov bekerja keras untuk mempertahankan kedudukan menjelang waktu rehat.

Harapan Tajikistan yang dibimbing Petar Segrt untuk bangkit musnah pada minit ke-81 apabila pemain tengah Amadoni Kamolov dilayangkan kad merah selepas pemeriksaan Video Bantuan Pengadil (VAR) mendapati beliau menendang Ahmed Al Ganehi.

Sebagai rekod, ini adalah pertembungan sulung kedua-dua pasukan di pentas Piala Asia.

Terdahulu, dalam satu lagi aksi Kumpulan A, China mencatat keputusan seri kedua selepas terikat tanpa jaringan bertemu Lubnan di Stadium Al Thumama.

China kini di kedudukan kedua dengan mengumpul dua mata sementara Tajikistan dan Lubnan yang mengumpul satu mata masing-masing di tempat ketiga dan keempat. - BERNAMA

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Politik 14 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad