web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Magis Percaturan Pan Gon, Semangat Pemain Mampu Runtuhkan Ego Jordan

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jan 2024 8:13PM

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon bersama Kapten Harimau Malaya, Matthiew Davies pada sidang media pra-perlawanan kumpulan E antara Malaysia menentang Jordan pada  Piala Asia 2023 di Pusat Media Utama hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

DOHA - Saat yang dinantikan oleh semua peminat bola sepak tanah air hampir tiba menjelang pertembungan Malaysia dan Jordan pada perlawanan pertama Kumpulan E, saingan Piala Asia 2023 di Stadium Al Janoub di sini esok (16 Januari 1.30 pagi waktu Malaysia).

Pertembungan di satu daripada venue Piala Dunia 2022 itu menyaksikan pengendali dari Korea Selatan, Kim Pan Gon akan membimbing Malaysia pada penampilan pertama di Piala Asia dalam tempoh 17 tahun sejak kali terakhir ketika menjadi tuan rumah bersama pada 2007.

Di atas kertas, Jordan yang berada di ranking dunia ke-87 adalah pasukan pilihan, sementara skuad Harimau Malaya (ke-130) yang bertandang ke sini dengan harapan besar mencipta sejarah, memburu sekurang-kurangnya satu mata bagi mencerahkan peluang ke pusingan 16 terbaik.

Berdasarkan rekod pertemuan pula, Malaysia gagal mencatat kemenangan berdepan Jordan dalam lima perlawanan terakhir apabila tewas tiga dan seri dua, dengan pertemuan kali terakhir pada 2021 menyaksikan skuad The Chivalrous Ones itu menang 4-0 dalam aksi persahabatan antarabangsa.

Bagaimanapun, Jordan yang kini dibimbing jurulatih baharu dari Morocco, Hussein Ammouta tidak berada pada prestasi terbaik apabila rekod menunjukkan mereka hanya meraih tiga kemenangan daripada 11 perlawanan kompetitif terakhir sebelum memulakan kempen Piala Asia.

Malah, moral mereka dalam mendepani kempen Piala Asia 2023 turut menjadi persoalan selepas dibelasah juara empat kali Jepun 1-6 pada aksi pemanas badan di sini, minggu lalu.

Malaysia pula bertandang ke Qatar dengan rekod yang memberangsangkan termasuk ketika menentang pasukan di ranking dunia lebih tinggi selepas melakar tujuh kemenangan dan dua seri dalam keseluruhan 10 perlawanan kompetitif sejak Mac tahun lalu.

Antaranya, menewaskan India 4-2 di Pestabola Merdeka 2023 pada Oktober lalu dan menumbangkan pasukan 100 terbaik dunia, Kyrgyzstan 4-3 di pusingan Kelayakan Piala Dunia 2026 pada November lalu.

Terdahulu, Malaysia mengikat Syria 2-2 dan China 1-1 dalam aksi persahabatan antarabangsa pada September lalu, sebelum sekali lagi meraih keputusan seri 2-2 menentang Syria pada perlawanan pemanas badan di sini, minggu lalu.

Dalam pada itu, sekiranya Malaysia mahu meraih keputusan positif, tumpuan lebih perlu diberi kepada beberapa tonggak pemain Jordan antaranya penyerang prolifik, Hamzah Al Dardour yang juga penjaring terbanyak pasukan dengan mengumpul 33 gol setakat ini.

Selain itu, pemain yang beraksi di liga utama Perancis bersama kelab Montpellier HSC, Musa Al-Taamari; pemain tengah Selangor FC, Noor Al-Rawabdeh; bekas bintang Kedah Darul Aman FC, Mahmoud Al-Mardi dan bekas pemain Selangor FC, Yazan Al-Arab antara yang mampu memberikan ancaman.

Yazan hampir pasti mahu melepaskan 'amarahnya' selepas pemain berusia 27 tahun itu 'diharamkan' terlibat dengan sebarang aktiviti bola sepak di Malaysia ekoran tindakannya menyepak pengadil pada perlawanan Liga Super tahun lalu.

Malaysia pula hampir pasti tidak dapat menggunakan khidmat pemain tengah, Endrick Dos Santos yang masih belum pulih daripada kecederaan, sementara pemain pertahanan kiri La'vere Corbin-Ong yang turut mengalami kecederaan sebelum ini berpeluang diturunkan jika mencapai tahap kecergasan optimum.

Secara keseluruhan, statistik dan perkembangan kedua-dua pasukan ketika ini memberi bayangan bahawa pertembungan esok bakal berlangsung sengit apabila Jordan pasti mahu mempertahankan egonya, manakala Malaysia yang dipacu magis percaturan Pan Gon memiliki kemampuan mencipta kejutan.

Untuk rekod, Jordan yang membuat penampilan kelima di Piala Asia pernah mara ke pusingan suku akhir sebanyak dua kali masing- masing pada 2004 dan 2011, sementara Malaysia tidak pernah melepasi saingan peringkat kumpulan dalam tiga penampilan sebelum ini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Tiba Masanya Dunia Bertindak, Tamatkan Hubungan Diplomatik Dengan Zionis - Anwar

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Harimau Malaya Juara Pestabola Merdeka 2024, Atasi Lubnan 1-0

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Harimau Malaya Daki 3 Anak Tangga Ranking FIFA

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Kyrgyzstan Lebur Harapan Harimau Malaya

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad