web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Piala Asia 2023 Sedia Pecah Rekod Penyiaran

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jan 2024 10:08AM

Acara pembukaan Piala Asia 2023 di Stadium Lusail. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

DOHA - Piala Asia 2023 bersedia untuk menjadi edisi dengan tontonan paling tinggi dalam sejarah kejohanan itu, pada ketika 24 negara terbaik akan memulakan cabaran masing-masing bermula semalam sehingga 10 Februari ini.

Dengan sehingga 60 penyiar bersedia untuk menyiarkan aksi terbaik ke lebih 160 wilayah dan negara di seluruh dunia, ia menjadikan Piala Asia 2023 sebagai edisi yang paling banyak akan disiarkan dan diakses.

Setiausaha Agung, Persekutuan Bolasepak Asia (AFC), Datuk Seri Windsor John berkata, AFC telah pun menggariskan visi dan misi mereka, untuk memastikan bola sepak kekal sebagai sukan nombor satu benua itu dan menganjurkan pertandingan bertaraf dunia.

"Dalam setiap segi, penyiaran pertandingan sukan lelaki paling berprestij di sebanyak pasaran dan wilayah, yang mungkin menguatkan lagi cita-cita kami itu menjadi satu kenyataan dan membuktikan kedudukan Piala Asia yang semakin meningkat.

"Kami berterima kasih atas kepercayaan bahawa rakan penyiar dan media kami mempunyai kedudukan dalam bola sepak Asia, dan kami berharap untuk bekerjasama dengan kesemua mereka dalam memberikan pengalaman yang terbaik untuk peminat kami dan pihak berkepentingan yang dihargai," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Qatar selaku tuan rumah akan berhadapan Lubnan pada perlawanan pembukaan Kumpulan A di Stadium Lusail, yang juga venue perlawanan akhir Piala Dunia 2022 antara Argentina dan Perancis.

Dalam satu kenyataan lain, AFC mengesahkan bahawa Yoshimi Yamashita dari Jepun, akan mencatatkan sejarah menjadi pengadil wanita pertama dalam satu perlawanan pada sebuah kejohanan perdana, apabila beliau mengendalikan perlawanan Kumpulan B antara Australia dan India, di Stadium Ahmad bin Ali di sini, hari ini (13 Januari).

Yamashita adalah salah seorang daripada lima pegawai perlawanan yang terlibat dalam edisi ke-18 Piala Asia 2023.

Wanita berusia 37 tahun itu adalah pengadil bola sepak profesional pertama dari Jepun, memperolehi lesen FIFAnya pada 2015.

Beliau yang berasal dari Tokyo itu juga, adalah wanita pertama untuk mengadili perlawanan Liga J1 pada September 2022 dan seorang daripada enam pegawai perlawanan wanita di Piala Dunia 2022 di Qatar.

Beliau juga telah mengadili perlawanan pembukaan pada Piala Dunia Wanita Australia dan New Zealand 2023, baru-baru ini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Tiba Masanya Dunia Bertindak, Tamatkan Hubungan Diplomatik Dengan Zionis - Anwar

2

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Malaysia Tarik Pelabur Pada Forum Ekonomi Qatar

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Afif Lakar Hatrik Penalti Bantu Qatar Pertahankan Kejuaraan Piala Asia 2023

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Antara Qatar Dan Jordan, Siapa Bakal Bergelar Raja Asia

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 12 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar