web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Qatar Mula Langkah Kanan Dalam Misi Pertahan Kejuaraan Piala Asia 

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jan 2024 9:14AM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

DOHA - Tuan rumah Qatar bermula cemerlang dalam misi mempertahankan kejuaraan mereka, selepas menundukkan Lubnan 3-0 pada perlawanan pertama Kumpulan A yang juga aksi pembukaan Piala Asia 2023 di Stadium Lusail di sini, malam tadi.

Penyerang kelab Al Sadd, Akram Afif mencuri tumpuan dengan dua gol menarik, sementara pemenang Kasut Emas Piala Asia 2019, Almoez Ali, turut tidak terlepas daripada mencetak nama sebagai penjaring untuk memberikan permulaan sempurna buat skuad The Maroons.

Beraksi di hadapan puluhan ribu penyokong sendiri, Qatar yang menghuni ranking ke-58 dunia itu bermula garang, apabila Ali berjaya meletakkan bola di gawang, namun jaringannya pada minit kelima itu dibatalkan disebabkan ofsaid.

Namun, kebuntuan mencipta gerakan efektif menghantui skuad bimbingan Marquez Lopez selepas itu, sementara Lubnan mula menemui rentak dan berjaya mencipta beberapa peluang jaringan termasuk rembatan deras kapten Hassan Maatouk, yang diselamatkan penjaga gol, Mostafa Matar pada minit ke-21.

Qatar yang kembali menemui rentak hampir meledak gol pertama, namun tandukan Afif yang menerima hantaran cantik Yusuf Abdurisag dari sebelah kanan, hanya menggegar palang pada minit ke-31.

Afif akhirnya berjaya membantu Qatar memecah kebuntuan pada minit ke-45, apabila merembat bola umpanan Ali dalam kotak penalti, sekali gus menjadi gol pertama edisi 2023 pertandingan bola sepak terulung Asia itu.

Bersambung babak kedua, pasukan tuan rumah terus mendominasi permainan sehingga Ali menggandakan kedudukan pada minit ke- 56, apabila menanduk bola hantaran kapten, Hasan Al Haydos sekali gus mengubati kekecewaan jaringan yang dibatalkan terdahulu.

Ketika permainan seolah-olah berkesudahan 2-0, Afif sekali lagi menceriakan penyokong tuan rumah apabila mengesahkan kemenangan pasukan menerusi gol ketiga pada masa kecederaan separuh masa kedua.

Qatar yang dibimbing pengendali Sepanyol Marquez Lopez akan bertemu Tajikistan pada 17 Januari dan menutup saingan Kumpulan A berdepan China pada 22 Januari. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Tiba Masanya Dunia Bertindak, Tamatkan Hubungan Diplomatik Dengan Zionis - Anwar

2

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Malaysia Tarik Pelabur Pada Forum Ekonomi Qatar

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Afif Lakar Hatrik Penalti Bantu Qatar Pertahankan Kejuaraan Piala Asia 2023

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Antara Qatar Dan Jordan, Siapa Bakal Bergelar Raja Asia

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 13 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad