web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kod Sukan Selamat Akan Dilaksanakan Di Sekolah Arus Perdana Tahun Ini

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jan 2024 3:33PM

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim ditemui media selepas merasmikan Cabaran Sukan Wanita Peringkat Kebangsaan di Sport Arena, UNITEN hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KAJANG - Kod Sukan Selamat yang diperkenalkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tahun lalu akan dilaksanakan di semua sekolah arus perdana pada tahun ini, kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim.

Beliau berkata, perkara itu perlu memandangkan terdapat kumpulan besar yang terlibat dengan aktiviti sukan di peringkat sekolah, selain kod tersebut sudah diperluaskan ke sekolah sukan dan universiti menerusi Kementerian Pendidikan (KPM) serta institusi pengajian tinggi (IPT) tahun lalu.

"Sekolah ada kumpulan yang besar terlibat dengan sukan. Di sekolah ada atlet, guru, ibu bapa dan jurulatih, jadi Kod Sukan Selamat menjadi panduan perlu diperkembangkan dalam masyarakat secara lebih berkesan.

"Apabila kod ini berjaya diperkenalkan di sekolah, kita mahu ia dilaksanakan untuk aktiviti kokurikulum, pendidikan jasmani dan kesihatan," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Kejohanan Cabaran Sukan Wanita Kebangsaan di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) di sini, hari ini.

Kod Sukan Selamat diperkenalkan pada Mac lalu oleh KBS susulan komitmen kesemua Exco Belia dan Sukan negeri yang menyatakan sokongan terhadap pelaksanaan kod berkenaan.

la adalah garis panduan mengenai persekitaran sukan yang selamat, selain menekankan peranan dan tanggungjawab semua pihak dalam menangani sebarang bentuk gangguan serta penderaan dalam sukan.

Mengenai Kejohanan Cabaran Sukan Wanita Kebangsaan, Adam Adli berkata, penganjuran sukan terbuka seperti itu perlu diperbanyakkan dalam usaha merapatkan jurang gender, sekali gus membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat.

"Kita akan buat secara berterusan acara seperti ini kerana ia termasuk dalam kerangka dasar tetap yang kita kemukakan sebelum ini," katanya.

Cabaran Sukan Wanita yang dianjurkan KBS menyasarkan penglibatan 3,500 peserta merangkumi peringkat zon dan kebangsaan membabitkan acara bola jaring, bola baling, bola tampar dan sukan elektronik (Mobile Legends: Bang Bang). - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

‘Anak Saya Ditikam Lebih 200 Kali’ - Ibu Mangsa

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Lagi Kes Buli: Pelajar Tingkatan 3 Cedera Dibuli 6 Rakan Sekolah

3

Semasa 1 tahun yang lalu

3 Pengendali Makanan Dikenal Pasti Punca Penularan Tifoid Di Kota Bharu

4

Pendidikan 2 tahun yang lalu

6,034 Guru Lantikan Kontrak Ditempatkan Di Sekolah KPM

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 12 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad