web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Malaysia Ikat Syria 2-2

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jan 2024 9:59AM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Skuad Harimau Malaya mencatatkan keputusan meyakinkan menjelang kempen Piala Asia 2023 di Doha, Qatar apabila mengikat Syria 2-2 dalam aksi persahabatan awal pagi tadi waktu Malaysia.

Pada aksi tertutup di Stadium Grand Hamad itu, Malaysia yang menduduki ranking ke-130 dunia bermula garang apabila mendahului Syria dengan 1-0 menerusi jaringan Arif Aiman Mohd Hanapi pada minit ke-39 dan kedudukan itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Syria yang menghuni ranking ke-91 dan diundi dalam Kumpulan B, bangkit mengatur serangan demi serangan sehingga berjaya meraih dua gol menerusi Pablo Sabbag pada minit ke-70 dan Ibrahim Hesar empat minit kemudian.

Skuad negara yang tidak berputus asa, terus mengatur serangan sebelum Pablo Josue muncul wira apabila berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-78 dan keputusan kekal sehingga tamat masa perlawanan.

Malaysia sebelum ini pernah mencatat keputusan seri 2-2 menentang Qasioun Eagles dalam perlawanan antarabangsa Tier 1 di Chengdu, China, pada September tahun lalu.

Keputusan memberangsangkan skuad bimbingan Kim Pan Gon terus menyuntik semangat pasukan sebelum memulakan saingan Piala Asia 2023 secara rasmi pada 15 Januari ini.

Malaysia yang menamatkan penantian 42 tahun untuk layak ke Piala Asia secara merit akan memulakan kempen Kumpulan E menentang Jordan pada 15 Januari, diikuti Bahrain (20 Januari) dan juara dua kali Korea Selatan pada 25 Januari.

Syria yang diundi dalam Kumpulan B akan berdepan Uzbekistan pada Ahad, diikuti Australia (18 Januari) dan India (23 Januari).

Hanya juara dan naib juara setiap kumpulan bersama empat pasukan ketiga terbaik layak untuk pusingan 16 pasukan di Doha.

Ini adalah penampilan keempat Malaysia dalam Piala Asia selepas layak secara merit pada 1976 di Iran, 1980 di Kuwait dan sebagai tuan rumah bersama pada 2007 tetapi tidak pernah mara ke pusingan 16 pasukan terbaik dalam kejohanan ini.

Ikuti berita dan info terkini mengenai Piala Asia 2023 di asiancup.bernama.com. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Sukan 4 minggu yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

4

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Pemerintah Yang Sah - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

2 Kertas Siasatan Libatkan Azam Baki Diserah Kepada AGC

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

oleh Sophia Ahmad