web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Muncul Ketiga Kutip Mata Ranking Paling Tinggi

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Dec 2023 8:49PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia menamatkan tahun ini dengan nota yang cemerlang apabila muncul pasukan ketiga terbaik paling banyak meraih mata dalam ranking Persekutuan Bolasepak Dunia (FIFA).

Berdasarkan ranking Disember yang dikeluarkan FIFA hari ini, skuad Harimau Malaya naik 15 anak tangga dalam ranking dunia sepanjang tahun ini untuk berada di kedudukan ke-130 dengan mengumpul 1,122.87 mata, iaitu peningkatan terbesar dalam kalangan negara Asia.

Panama melonjak dengan ketara pada 2023, setelah meningkat 20 anak tangga untuk berada pada kedudukan ke-41 dalam ranking dunia, diikuti Moldova yang naik 19 anak tangga untuk berada di tempat ke-155.

Kedudukan terbaik skuad Harimau Malaya adalah di tempat ke-75 pada 1993, manakala kedudukan terendah penah diperoleh pasukan negara ialah kedudukan ke-178 pada 2018.

Sementara itu, juara bertahan Piala Dunia Argentina kekal di kedudukan teratas dengan 1,855.2 mata, diikuti Perancis (1,845.44) dan England ketiga (1,800.05).

FIFA turut mengumumkan bahawa kemas kini ranking berikutnya pada 15 Feb tahun depan. - BERNAMA

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 11 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar