web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ketua Jurulatih Arab Saudi Minta Aksi Persahabatan Bertemu Malaysia Dibatalkan

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Dec 2023 12:32PM

Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengesahkan perlawanan persahabatan antarabangsa antara skuad Harimau Malaya dan Arab Saudi bulan depan terpaksa dibatalkan.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman berkata, aksi menentang pasukan ranking ke-56 dunia itu yang dijadual berlangsung pada 4 Januari dibatalkan atas permintaan ketua jurulatih baharu Arab Saudi, Roberto Mancini.

Beliau berkata, Arab Saudi memaklumkan Mancini mencongak skuad kendaliannya berkemungkinan bertemu Malaysia di pusingan 16 terbaik Piala Asia 2023 di Doha, Qatar dari 12 Januari sehingga 10 Februari depan.

"Ini kerana, jika Arab Saudi muncul juara Kumpulan F dan Malaysia pula menjadi naib juara Kumpulan E, kedua-dua pasukan bakal bertemu di pusingan 16 terbaik pada 30 Januari," katanya dalam kenyataan kepada BERNAMA, hari ini.

Menurut Noor Azman, perlawanan persahabatan itu adalah aksi pemanas badan menjelang Piala Asia dan ia sudah lama dirancang dan dipersetujui kedua-dua pasukan sebelum ini.

Mancini, pengendali dari Itali antara jurulatih berprofil tinggi yang memiliki pengalaman luas di peringkat kelab dan pasukan kebangsaan dengan rekod cemerlang bersama Manchester City dan Inter Milan, selain membimbing Itali muncul juara Eropah pada Euro 2020.

BERNAMA difahamkan FAM sedang berusaha mendapatkan pasukan setaraf dengan Arab Saudi ataupun sekurang-kurangnya menepati tuntutan diperlukan pasukan bimbingan Kim Pan Gon bagi mengharungi kempen Piala Asia, nanti.

Dengan masa yang singkat, FAM dijangka berdepan tugas mencabar apabila kebanyakan pasukan masing-masing sudah memuktamadkan aksi persahabatan lebih awal.

Malaysia yang berjaya layak ke Piala Asia secara merit selepas 42 tahun akan membuka kempen Kumpulan E bertemu Jordan pada 15 Januari diikuti Bahrain (20 Januari) dan pasukan pilihan yang juga juara dua kali, Korea Selatan pada 25 Januari.

Pan Gon menyasarkan untuk membawa skuad Harimau Malaya mencipta sejarah melepasi saingan peringkat kumpulan di Doha. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Harimau Malaya Juara Pestabola Merdeka 2024, Atasi Lubnan 1-0

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Kim Pan Gon Tinggalkan Harimau Malaya

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Harimau Malaya Daki 3 Anak Tangga Ranking FIFA

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Kyrgyzstan Lebur Harapan Harimau Malaya

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 11 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 13 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad