web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Isu Padang SNBJ Rosak: KBS Keluarkan Kenyataan Minggu Depan

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Dec 2023 4:35PM

Keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil yang tidak memuaskan sehingga mendapat kritikan daripada peminat bola sepak terutama ketika pelawanan akhir Piala Malaysia 2023 malam tadi. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengeluarkan satu kenyataan berhubung isu kerosakan padang Stadium Nasional Bukit Jalil, minggu depan.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh ketika ditemui Bernama selepas menghadiri sesi Kopi, Sukan dan Aspirasi Bersama Atlet Negara di pentas utama, Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.

“Berkaitan stadium (isu kerosakan padang), kita tunggu minggu depan,” katanya ringkas apabila diminta mengulas kekecewaan ramai pihak terhadap keadaan padang rosak di stadium itu ketika aksi final Piala Malaysia 2023 antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC (TFC) malam tadi.

Malah, daripada perkongsian gambar di media sosial sebelum ini, kelihatan keadaan padang stadium itu tidak banyak berubah dengan terdapat kawasan terjejas teruk sehingga memperlihatkan rumput masih kuning dan berpasir, meskipun usaha untuk membaikinya sudah dilakukan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM).

Keadaan itu turut menarik perhatian pemilik JDT Tunku Ismail Sultan Ibrahim apabila berkongsi gambar padang yang rosak selepas konsert kumpulan Coldplay berlangsung di stadium berkenaan, 22 Nov lepas.

Sementara itu, Hannah memaklumkan beliau gembira dengan sambutan daripada golongan muda terhadap pengisian diatur di reruai KBS pada program itu, yang merupakan satu pendekatan untuk rakyat berjumpa dengan pihak berkepentingan dan atlet.

“Saya harap apabila orang ramai datang melihat dan dengar sendiri pengisian-pengisian diatur termasuk cabaran atlet dalam sukan masing-masing maka mereka akan lebih terbuka mengikuti kita bagi program-program akan datang.

“Kebetulan, tahun depan kita ada RM20 juta untuk inisiatif Rakan Muda yang akan diperluaskan di seluruh negara meliputi 10 gaya hidup,” katanya.

Program Rakan Muda yang diberi nafas baharu pada Jun lepas kini mempunyai 1,074,934 ahli dengan 3,888 program telah dilaksanakan. - BERNAMA

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar