web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


JDT Juara Piala Malaysia 2023, Cipta 'Double Treble'

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Dec 2023 12:05AM

Pemain JDT meraikan kemenangan pasukan Harimau Selatan itu yang menewaskan Terengganu FC 3-1 dalam perlawanan akhir malam tadi, sekali gus menjulang Piala Malaysia. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) menepati jangkaan mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia selepas menewaskan Terengganu FC 3-1 pada perlawanan akhir edisi ke-97 yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil di sini, malam ini.

Muhamad Feroz Baharudin dan Arif Aiman Mohd Hanapi masing-masing menjaringkan gol pada separuh masa kedua selepas Ivan Mamut menafikan jaringan pembukaan JDT menerusi Bergson Da Silva pada babak pertama untuk mengesahkan kemenangan skuad Harimau Selatan.

Kejayaan muncul juara Piala Malaysia buat kali keempat itu menyaksikan skuad Harimau Selatan mengesahkan kejayaan treble buat musim kedua berturut-turut selepas dinobatkan juara Piala FA Julai lalu dan merangkul kejuaraan Liga Super September lepas.

JDT turut muncul juara Piala Sumbangsih dengan mengatasi Terengganu 2-0 pada aksi pembukaan musim ini, Februari lepas.

Sebelum ini, skuad Harimau Selatan memenangi Piala Malaysia pada 2017, 2019 dan 2022.

Pada final yang disaksikan 80,550 penonton malam ini, Da Silva meletakkan JDT di depan seawal minit keenam apabila menyempurnakan penalti dihadiahkan pengadil S. Logeswaran selepas pertahanan Terengganu, Muhammad Azam Azmi Murad dipersalahkan kerana menjatuhkan Fernando Forestieri.

Ia adalah gol ke-11 Da Silva dalam kempen Piala Malaysia musim ini.

Menyedari aksi menjadi lebih sukar, skuad Penyu bimbingan Tomislav Steinbruckner tenang mengatur strategi sebelum berjaya memerangkap benteng pertahanan JDT yang membawa kepada gol penyamaan sambil ketua pasukan Jordi Amat terselamat daripada diperintah keluar padang susulan kesalahannya.

Namun, tindakan pemain kebangsaan Indonesia itu yang menjatuhkan Mamut tidak memberi pilihan kepada Logeswaran selain menghadiahkan sepakan penalti dengan ia tenang disemprunakan Mamut untuk mengikat kedudukan 1-1 pada minit ke-21.

Penjaga gol Terengganu, Mohd Suhaimi Husin memastikan JDT gagal menambah jaringan menuju rehat apabila bertindak cemerlang menyelamatkan beberapa percubaan antaranya rembatan deras Da Silva pada minit ke-36 dan rembatan dari jarak dekat Arif Aiman pada minit ke-38.

Bersambung babak kedua, skuad bimbingan Esteban Solari tampil lebih agresif dalam memburu gol kedua, namun Terengganu hampir menambah jaringan yang menyaksikan rembatan Mamut dari jarak dekat berjaya ditampan keluar penjaga gol Ahmad Syihan Hazmi Mohamed pada minit ke-65.

Bagaimanapun, selepas beberapa siri serangan gol yang dicari-cari JDT akhirnya tiba apabila pemain gantian Muhamad Feroz menanduk masuk bola sepakan penjuru Heberty Fernandes pada minit ke-73.

Seakan perlawanan berakhir dengan keputusan 2-1 berpihak JDT, Logeswaran sekali lagi menghadiahkan penalti buat anak buah Solari dengan giliran Arif Aiman mencetak nama sebagai penjaring pada masa kecederaan separuh masa kedua.

Penalti diberikan selepas Arif Aiman dijatuhkan oleh Shahrul Nizam Ros Hasni.

Kekalahan Terengganu itu menyaksikan mereka gagal menamatkan kemarau 22 tahun menjuarai Piala Malaysia selepas kali terakhir melakukannya pada 2001.

Sebagai rekod, Kedah menjadi satu-satunya pasukan melakukan ‘double treble’ apabila menjuarai Liga Super, Piala Malaysia dan Piala FA pada musim 2006-07 dan 2007-08. - BERNAMA

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar