web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Laporan Ketua Audit Peruntukan Kepada MSN 'Lesap’ Tidak Benar - MSN

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Nov 2023 8:23PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Majlis Sukan Negara (MSN) menjelaskan, Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022 pada 22 Nov mengenai wang sebanyak RM1.47 juta yang diperuntukkan kepada MSN ‘lesap’, adalah tidak benar.

MSN menerusi kenyataan memaklumkan pihaknya dan Institut Sukan Negara (ISN) telah menggunakan wang itu untuk membuat pembayaran kepada pihak berkaitan seperti atlet, jurulatih, penyedia perkhidmatan sains sukan, perolehan alatan dan alat ganti, selain penyaluran geran kepada Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK).

“Kenyataan tersebut adalah tidak benar kerana tiada peruntukan yang ‘lesap’,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, MSN turut menjelaskan mengenai LKAN 2022 dalam Perenggan 5.2.1.d. Maklumat Penemuan yang melaporkan bahawa terdapat Perbelanjaan Tiada Dalam Skop yang Diluluskan oleh MSN yang berjumlah RM1.26 juta.

Menurut kenyataan MSN, pihaknya dan ISN telah memberi justifikasi perbelanjaan berkenaan menerusi beberapa sesi libat urus dengan Jabatan Audit Negara.

“…Peruntukan Program Podium telah digunakan bagi membiayai aktiviti Program Pelapis Kebangsaan (PK), kerana kumpulan atlet ini sering kali terlibat dalam membantu persediaan Atlet Podium semasa sesi latihan/pertandingan dan kejohanan, serta pembelian peralatan dan alat-alat ganti.

“Pembayaran perkhidmatan sains sukan dan perubatan, permohonan pembayaran dikemukakan oleh ISN bersekali bagi semua atlet di bawah program MSN. Oleh yang demikian, MSN berdepan kesukaran untuk mengasingkannya berdasarkan peruntukan masing-masing,” menurut kenyataan MSN.

MSN turut memaklumkan skop Program Podium memberikan tumpuan khusus diberikan kepada program penyediaan atlet dalam menghadapi temasya sukan utama (Sukan SEA/PARA ASEAN, Sukan Komanwel, Sukan Asia/Para Asia, Sukan Olimpik/Paralimpik).

Menurut kenyataan MSN, pihaknya menyalurkan geran kepada PSK untuk tujuan ‘pengurusan ke arah temasya sukan utama’, bagi sukan-sukan yang tidak dilaksanakan oleh MSN.

“Antara PSK yang telah menerima penyaluran geran ini ialah Muay Thai, lawan pedang, kickboxing, snuker dan billiard. Beberapa sukan tersebut telah berjaya meraih pingat di temasya sukan utama seperti di Sukan SEA dan Sukan Asia,” menurut kenyataan itu.

MSN berharap huraian dan penjelasan yang dibuatnya ini mampu memperbetulkan persepsi negatif yang timbul ekoran daripada laporan berita dan naratif ulasan yang tidak tepat di pelbagai platform media. - BERNAMA

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad