web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KBS Sedia Bincang Garis Panduan Pakaian Patuh Syariah SUKMA 2028

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Nov 2023 3:39PM

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedia berbincang dengan Kerajaan Kelantan berhubung garis panduan pakaian sukan patuh syariah bagi Sukan Malaysia (SUKMA) yang akan dianjurkan negeri itu pada 2028.

Bagaimanapun, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata ketika ini, tumpuan diberikan kepada SUKMA Sarawak yang akan diadakan tahun depan, serta usaha pelaksanaan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kepada atlet dalam Program Podium pada Januari.

“Saya percaya Kelantan ada pemikiran mereka tetapi Kerajaan Persekutuan kita juga ada pemikiran kita sendiri. Jadi isu ini dibangkitkan bukan dalam mesyuarat kita, isu ini dibangkitkan dalam (persidangan) DUN (Dewan Undangan Negeri) mereka.

“Kita masih belum terima apa-apa lagi daripada exco negeri Kelantan dan mereka baharu dapat seorang exco baharu, jadi kita tunggu mesyuarat nanti,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Majlis Sukan Negara (MSN) di Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin di sini hari ini.

Isnin lepas, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Kelantan Zamakhshari Muhamad berkata Kerajaan Negeri Kelantan akan mengadakan perbincangan dengan KBS serta MSN berhubung garis panduan pakaian sukan patuh syariah bagi SUKMA 2028.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Mohd Rodzi Ja'afar (PAS- Gaal) yang mahu tahu adakah kerajaan boleh memastikan atlet dari negeri lain yang menyertai temasya sukan kebangsaan itu patuh syariah pada persidangan DUN Kelantan. - BERNAMA

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 11 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 5 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad