Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


JDT Didenda RM30,000, Selangor FC RM23,000 - FAM

Sukan Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 20 Nov 2023 6:38PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC menerima padah apabila dikenakan hukuman denda oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas disahkan melakukan beberapa kesalahan semasa saingan Liga Malaysia (Liga M) 2023. 

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM Datuk Baljit Singh Sidhu memaklumkan, JDT dikenakan hukuman denda keseluruhan sebanyak RM30,000 akibat daripada kegagalan untuk mematuhi obligasi penganjuran. 

Bagi kesalahan pertama, JDT didenda RM15,000 susulan penyokong mereka mengejek dan melakukan provokasi terhadap penyokong pihak lawan semasa perlawanan Liga Futsal Premier Malaysia (MPFL) 2023 antara JDT dan Selangor MAC di Stadium Bandaraya Pasir Gudang, 27 Mei lalu. 

JDT turut didenda RM15,000 bagi kesalahan kedua yang membabitkan seorang penyokong pasukan Kuala Lumpur City FC (KL City) dipukul individu tidak dikenali sehingga menyebabkan kecederaan serius ketika final Piala FA 2023 antara JDT dan KL City di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada 22 Julai. 

“Amaran keras dan hukuman lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. Keputusan ini boleh dirayu,” katanya menerusi kenyataan dikeluarkan FAM hari ini. 

Sementara itu, Selangor FC didenda RM23,000 terhadap tiga pertuduhan yang tidak boleh dirayu berikutan kesalahan dilakukan semasa perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia 2023 antara Selangor FC berdepan Terengganu FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya pada 24 September. 

Pertuduhan pertama yang didenda RM10,000 melibatkan cermin belakang kereta pegawai perlawanan pecah kerana dilontar dengan sebiji batu semasa diletakkan di kawasan parkir berhadapan pentas utama stadium, manakala pertuduhan kedua membabitkan insiden baling botol air dari kawasan tempat duduk penonton ke arah pegawai pertandingan, dengan denda RM3,000.

Bagi pertuduhan ketiga pula, katanya, membabitkan insiden baling botol oleh pegawai Selangor FC ke arah kumpulan pengadil di dalam terowong semasa bergerak ke bilik persalinan dan gagal memastikan keselamatan pengadil selepas perlawanan, dengan denda RM10,000.

Dalam pada itu, seorang pemain dan lima pegawai Selangor FC turut dikenakan hukuman yang melibatkan jumlah keseluruhan denda RM65,000 dan beberapa tindakan dikenakan bergantung kepada kesalahan setiap individu. 

Pemain Selangor, Yazan Mousa Mahmoud Alarab telah digantung empat perlawanan akibat melakukan perbuatan tidak sopan kepada pengadil pada suku akhir kedua Piala Malaysia 2023 ketika Selangor FC menentang Terengganu FC di Stadium MBPJ pada 24 September.

Pemain berusia 27 tahun itu turut digantung seumur hidup daripada terlibat dengan sebarang aktiviti bola sepak termasuk pentadbiran, pengurusan dan sukan itu di Malaysia kerana dua pertuduhan iaitu menyepak ke bahagian punggung kiri serta meludah ke arah pengadil selepas dilayangkan kad merah pada perlawanan itu.

Pegawai Selangor FC pula, Syafiq Iqmal Fozi dan Mohd Fadhli Mohd Zahari digantung 10 perlawanan dan didenda RM10,000 kerana melakukan provokasi melampau ke atas kumpulan pengadil pada perlawanan sama. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Muat Naik Hantaran Jelik, Peniaga Didenda RM23,000

2

Sukan 2 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

3

Semasa 2 minggu yang lalu

SPRM Mula Siasatan FAM, Ambil Fail Tertentu

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Bunuh Tunang: Hukuman Mati Banduan Akhir Diganti Dengan Penjara, Sebatan

Sorotan

1

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

2

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

3

Tiada Tepung Di Pasaran Tempatan Mengandungi Benzoil Peroksida Melebihi Kadar Dibenarkan - KKM

4

Proses Penamaan Calon PRK KKB Lancar - Polis Selangor

5

Dakwa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Kritikan, Syed Saddiq Diminta Tidak Hipokrit - Fahmi

6

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

oleh Diyana Nawwar

Semasa 6 jam yang lalu

Dakwa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Kritikan, Syed Saddiq Diminta Tidak Hipokrit - Fahmi

Semasa 23 jam yang lalu

Ambil Tindakan Terhadap Pihak Terbabit Laporan Berkaitan Lesen Kasino - PM

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Disiasat, Muat Naik Hantaran Jelik Berkaitan Tragedi Helikopter TLDM

oleh Sophia Ahmad