web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pencapaian Di Hangzhou Bagi Bayangan Emas Di Sukan Paralimpik Paris

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Oct 2023 12:10PM

Prestasi atlet para negara memberi bayangan kepada potensi mereka pada temasya Sukan Paralimpik Paris 2024. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HANGZHOU - Atlet negara di Sukan Para Asia 2022 Hangzhou sekali lagi membuktikan kehebatan mereka apabila terus mengekalkan rentak cemerlang mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

Selepas memperoleh kejayaan mengagumkan di Sukan Para ASEAN 2023 di Kemboja, Jun lepas, mereka tampil menyinar di bumi Hangzhou apabila mudah melepasi sasaran 35 pingat ditetapkan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM).

Membariskan seramai 113 atlet dengan hampir separuh daripadanya membuat penampilan sulung di pentas berprestij itu, langsung tidak menyekat usaha untuk mengaut tujuh pingat emas, 15 perak dan 17 gangsa, bagi menduduki tangga ke-12 carta pingat.

Kem berbasikal muncul sebagai penyumbang pingat terbanyak iaitu satu pingat emas, enam perak dan empat gangsa diikuti sukan olahraga dengan tiga emas, dua perak dan empat gangsa.

Sukan renang tidak kurang hebatnya apabila berjaya menyumbangkan satu emas selain empat gangsa diikuti badminton dengan dua perak dua gangsa, boling padang (dua perak, dua gangsa), boccia (satu emas, dua perak), powerlifting (satu emas, satu gangsa) dan tenis kerusi roda menyumbang satu perak.

Kontinjen negara turut membuktikan pengembaraan mereka ke bumi Hangzhou bukan sekadar ‘makan angin’ apabila mencatatkan beberapa rekod baharu kejohanan antaranya membabitkan sukan olahraga dan powerlifting.

Permata baharu olahraga para Muhammad Ammar Aiman Nor Azmi mencuri tumpuan apabila bukan sekadar pulang bersama kilauan emas malah memperbaharui rekod Asia dan temasya.

Catatan 47.60 saat (s) dilakukan atlet kelahiran Pontian, Johor itu sekali gus memecahkan rekod Sukan Para Asia milik rakan senegara Nasharudin Mohd. (49.32s), selain rekod Asia yang dipegang atlet Iran Milad Ramazani (47.80s)

Jaguh powerlifting negara Bonnie Bunyau Gustin tidak ketinggalan menyandang gelaran juara bagi acara 72 kilogram (kg) dengan melakukan angkatan 230kg yang juga rekod baharu temasya, memadam rekod 229kg dilakukan atlet Iran Roohallah Rostami.

Presiden MPM Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata ‘jelmaan emas’ sudah kelihatan untuk Sukan Paralimpik Paris 2024 melibatkan atlet yang telah menempah slot pada temasya tersebut, khususnya mereka yang menepati sasaran emas di Hangzhou.

Antaranya atlet lontar peluru Muhammad Ziyad Zolkefli, Datuk Abdul Latif Romly (lompat jauh) dan Muhammad Nur Syaiful Zulkafli (renang).

Dalam masa sama pencapaian di Hangzhou menunjukkan bahawa pelan jangka masa panjang MPM dalam melahirkan lebih ramai atlet berpotensi bagi diketengahkan pada Sukan Paralimpik Los Angeles 2028 dan Sukan Paralimpik Brisbane 2032, berada di landasan tepat.

“32 peratus atlet adalah muka baharu jadi saya percaya ini adalah pelapis kita di masa akan datang dan lebih banyak lagi dapat dilahirkan.

“Kita juga akan mempergiatkan lagi program mengenal pasti atlet-atlet berpotensi dan saya harap pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dapat membantu bagi memastikan usaha itu tidak tergendala,” katanya.

Temasya APG keempat yang menutup tirai secara rasmi semalam menyaksikan tuan rumah China mempertahankan gelaran juara dengan merangkul 214 pingat emas, 167 perak dan 140 gangsa.

Iran menghuni tangga kedua dengan meraih 44 emas, 46 perak dan 41 gangsa diikuti Jepun dengan kutipan 42 emas, 49 perak dan 59 gangsa. - BERNAMA

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 10 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 5 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad