web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


APG 2022: Ziyad Zolkefli Pertahan Emas Lontar Peluru

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Oct 2023 7:52PM

Acara lontar peluru lelaki F20 juga menghadiahkan pingat emas dan perak melalui Muhammad Ziyad Zolkefli dan Mohamad Aliff Mohamad Awi. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HANGZHOU - Jaguh lontar peluru negara Muhammad Ziyad Zolkefli terus membuktikan kehebatannya selepas berjaya mempertahankan pingat emas acara lontar peluru lelaki F20 (masalah intelektual) pada Sukan Para Asia Hangzhou 2022, di sini hari ini.

Pada aksi berlangsung di Stadium Pusat Sukan Huanglong, atlet berusia 33 tahun itu ternyata unggul, selepas melakukan balingan sejauh 16.65 meter (m) pada percubaan ketiganya, tanpa mampu dicabar tiga wakil lain.

Atlet kelahiran Selangor itu muncul juara menewaskan rakan senegara Mohamad Aliff Mohamad Awi, yang merangkul perak dengan catatan 13.75m, manakala atlet Thailand Sanepoot Boonkong memenangi gangsa (13.67m).

Beliau sekali gus berjaya mempertahankan pingat emas Sukan Para Asia dimenangi pada dua edisi sebelum ini iaitu 2014 Incheon, Korea Selatan dan 2018 Jakarta-Palembang, Indonesia.

“Saya cukup berpuas hati dengan kejayaan hari ini dan kejayaan ini saya hadiahkan buat seluruh rakyat Malaysia.

“Rasa bangga dapat membuat hatrik pada tiga temasya berturut-turut,” katanya kepada Bernama.

Kejayaan pemenang pingat emas Paralimpik 2016 itu dalam masa sama, menyumbang pingat emas ketiga negara, selepas pelumba berbasikal trek para negara Nur Suraiya Muhammad Zamri-Farina Shawati Mohd Adnan (pengemudi), menghadiahkan emas kedua di Velodrom Pusat Sukan Chun' An Jieshou, sebentar tadi. - BERNAMA

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad