web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sukan Para Asia: Atlet Berbasikal Trek Para Sumbang Emas Kedua Negara

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Oct 2023 6:22PM

Pelumba berbasikal trek para negara kategori wanita B hadiahkan pingat emas dan perak buat negara. - gambar Atlet Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HANGZHOU - Pelumba berbasikal trek para negara, Nur Suraiya Muhammad Zamri mempamerkan kayuhan bertenaga dalam perlumbaan akhir ujian masa 1,000 meter (m) untuk menghadiahkan pingat emas kedua negara di Sukan Para Asia Hangzhou 2022, di sini hari ini.

Bergandingan dengan jurumudi, Farina Shawati Mohd Adnan, Nur Suraiya menamatkan saingan kategori wanita B dengan catatan masa 1 minit 13.434 saat (s).

Lebih manis pingat perak turut disambar gandingan senegara Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais-Nur Suhada Zainal pada perlumbaan yang berlangsung di Velodrom Pusat Sukan Chun' An Jieshou.

Nur Azlia Syafinaz pula merakam masa 1:14.083s untuk mengetepikan pelumba China, Wang Linhua yang terpaksa berpuas hati dengan gangsa menerusi catatan 1:14.787s.

Sementara itu, acara 1,000m ujian masa lelaki B turut menyumbang pingat perak menerusi gandingan Mohd Khairul Hazwan Wahab dengan masa 1:05.740s.

Pingat emas menjadi milik pelumba China, Luo Fei dengan masa 1:04.321s dan gangsa diraih pelumba Iran, Heidarabadi Mohammad Dalir dengan masa 1:06.343s.

Semalam, kontinjen negara raih emas pertama menerusi atlet renang Muhammad Nur Syaiful Zulkafli dalam acara 100m kuak dada lelaki SB4. - BERNAMA

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar