web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Melaka Bertemu Kuala Lumpur, Tentukan Juara Piala Tun Abdul Razak

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Oct 2023 9:09AM

Melaka menewaskan Perak 3-2 pada aksi separuh akhir di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, malam tadi. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Melaka akan bertemu Kuala Lumpur pada perlawanan akhir Kejohanan Hoki Piala Tun Abdul Razak di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini.

Melaka mengejutkan Perak 3-2 menerusi penentuan pukulan penalti pada aksi separuh akhir di venue sama di sini malam tadi selepas kedudukan kekal 1-1 selepas perlawanan selama 60 minit tamat.

Babak pertama perlawanan menyaksikan skuad kendalian Ketua Jurulatih Melaka Nor Ikhram Sulaiman mendominasi perlawanan pada awal babak perlawanan dan meledak tirai jaringan menerusi gol padang yang disudahi Zufar Saiful Marsita pada minit ke-19.

Bagaimanapun, Perak menyamakan kedudukan pada minit ke-50 selepas kapten pasukan Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan menyempurnakan pukulan sudut penalti sekali gus meletakkan kedua-dua pasukan di kedudukan 1-1 sehingga wisel penamat ditiupkan.

Perak yang dikendalikan K.Rajen terpaksa melupakan impian menjadi juara buat kali keempat  selepas Muhammad Faid Farhadh Mohamad Shah, Adam Aiman Mamat dan Amirullah Zainol menyempurnakan pukulan penalti masing-masing.

Nor Ikhram ketika ditemui selepas perlawanan berkata kemenangan yang diraih anak buahnya merupakan di luar jangkaan kerana Perak merupakan pasukan gergasi dalam kejohanan piala berprestij itu.

“Untuk perlawanan akhir Sabtu menentang Kuala Lumpur memang ramai pemain berpengalaman di situ, tapi kita tak mahu pasukan tertekan, saya akan pastikan mereka berusaha berhabis-habisan untuk rampas kejuaraan tahun ini,” katanya.

Dalam satu lagi aksi separuh akhir malam ini, Kuala Lumpur mengecewakan Pahang 3-1.

Melaka merupakan juara kejohanan ini pada 2005, 2009, 2015 dan 2019.

Sementara itu, skuad hoki wanita Selangor bakal membuat perhitungan dengan Sabah pada aksi final.

Terdahulu, Selangor menewaskan Melaka 2-1, manakala Sabah menundukkan Kuala Lumpur 2-1. - BERNAMA

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad