web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Skuad Boling Wanita Negara Akhiri Kejohanan Dunia Dengan Perak

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Oct 2023 8:00AM

Pasukan boling wanita meraih pingat perak selepas tewas kepada Korea Selatan dalam Kejohanan Dunia Persekutuan Boling Antarabangsa di Kuwait. gambar FB

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Skuad boling negara mengakhiri kempen mereka di Kejohanan Dunia Persekutuan Boling Antarabangsa (IBF) dengan pingat perak menerusi acara berpasukan wanita di Kuwait Bowling Sporting Club, malam tadi.

Kuintet negara terdiri daripada  Sin Li Jane, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman, Esther Cheah, Gillian Lim dan Nora Lyana Nastasia Norkamal terpaksa berpuas hati dengan tempat kedua selepas tewas 1-2 dengan Korea Selatan di final.

Skuad Malaysia tewas 177-211, 207-169, 203-214 kepada Korea Selatan.

Pasukan boling negara mara ke final selepas menumpaskan Singapura 2-1 sementara Korea Selatan mengalahkan China 2-0. 

Bagaimanapun, Juara Individu Wanita yang baru dimahkotakan, Natasha Roslan direhatkan sepanjang acara berpasukan kerana kecederaan ibu jari tangan.

Sementara itu, skuad lelaki negara terdiri daripada Muhammad Rafiq Ismail, Timmy Tan, Ahmad Muaz Mohd Fishol, Syafiq Ridhwan Abdul Malek, Mohd Syazirol Shamsudin dan Tun Ameerul Hakim Tun Hasnul Azam terlepas peluang ke separuh akhir selepas hanya berjaya menduduki tempat keenam daripada lapan pasukan dalam pusingan kedua.

Isnin lalu, Natasha mengakhiri kemarau 12 tahun negara untuk juara individu wanita di Kejohanan Dunia selepas menewaskan rakan sepasukan Li Jane 2-1.

Khamis lalu, gandingan Syafiq Ridhwan-Ahmad Muaz meraih gangsa dalam acara beregu lelaki. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Skandal 1MDB: Mahkamah Kuwait Kenakan Hukuman Penjara Terhadap Jho Low

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Individu Terkait 1MDB Sedang Disiasat, SPRM Tunggu ‘Lampu Hijau’ Kuwait

3

Sukan 5 tahun yang lalu

Kuwait Jinakkan Harimau Malaya 4-1

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Politik 11 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad