web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Harimau Malaya Ke Final Pestabola Merdeka Selepas Baham India

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Oct 2023 11:55PM

Harimau Malaya mara ke pusingan akhir Pestabola Merdeka selepas menewaskan India 4-2, malam ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Harimau Malaya berjaya mempamerkan taring sebenar dan hanya selangkah daripada merangkul gelaran ke-13 Pestabola Merdeka dengan mengejutkan India, 4-2, dalam aksi edisi 2023 di di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, malam ini.

Harimau Malaya, yang menghuni ranking ke-134 dunia jelas dapat menyaingi kekuatan India (102) dengan menyajikan permainan menghiburkan dalam perlawanan berlangsung di atas permukaan padang baharu ‘Zeon Zoysia’.

Skuad bimbingan Kim Pan Gon akan mengharungi aksi final di venue sama, Selasa ini, menentang Tajikistan yang menerima ‘bye’ bagi perlawanan pertama susulan penarikan diri Palestin pada saat akhir.

Pada perlawanan malam ini di hadapan 46,150 penonton menyaksikan pasukan pelawat, The Blue Tigers, terlebih dahulu melaungkan amaran awal dengan percubaan pemain tengah, Naorem Mahesh Singh singgah di palang gol pada minit kedua.

Tidak lama selepas itu, Dion Cools menggamatkan gelanggang keramat Harimau Malaya apabila tonggak pertahanan kacukan Malaysia-Belgium itu  menyambut tandukan Nooa Lane, sebelum melayangkan badannya dan melepaskan sepakan untuk meletakkan mereka di depan pada minit keenam.

Kelebihan dimiliki Malaysia hanya bertahan tujuh minit apabila hasil serangan balas India menyaksikan mereka menyamakan kedudukan menerusi sepakan voli, Naorem, yang gagal ditangkas kemas penjaga gol Ahmad Syihan Hazmi Mohamed.

Pasukan negara kembali berada di depan apabila pemain sayap sensasi, Arif Aiman Mohd Hanapi tenang menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-20 selepas pemain pertahanan lawan, Nikhil Chandrashekhar Poojary menjatuhkan penyerang Darren Lok.

Harimau Malaya terus mengaum dengan pemain sayap kanan, Mohamad Faisal Abdul Halim mudah menyumbat masuk gol ketiga selepas memanfaatkan kesilapan pemain pertahanan India, Mehtab Singh pada minit ke-42, sekali gus meletakkan Malaysia selesa menuju ke bilik persalinan.

Bersambung babak kedua, India yang memperkemaskan permainan merapatkan jurang dengan ayam tambatan yang juga ketua pasukan, Sunil Chhetri, mudah menolak masuk hantaran dari sebelah kanan Lallianzuala Chhangte pada minit ke-52.

Kontroversi kemudian tercetus apabila jaringan penyamaan pasukan bimbingan Igor Stimac oleh Lallianzuala dinafikan pengadil Mongkolchai Pechsri dari Thailand walaupun bola melintasi garisan gol sebelum dikeluarkan Cools pada minit ke-56.

Bagaimanapun, Malaysia kembali menarik nafas lega dengan sepakan kaki kanan pemain pertahanan kiri, Corbin Ong, berjaya menghasilkan jaringan keempat, berpunca daripada hantaran sebelah kanan oleh Mohamad Faisal pada minit ke-61.

Lallianzuala sekali lagi hampir mencemaskan pintu gawang Malaysia apabila percubaannya pada minit ke-68 hanya menggegar palang gol manakala sepakan jarak jauh pemain gantian, Liston Colaco pada minit ke-87 ditangkap Ahmad Syihan sekali gus mengesahkan tiket ke final. - BERNAMA

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 11 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad