web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hannah Optimis Tiada Lagi Isu Air Bertakung Di Stadium Nasional

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Oct 2023 5:49PM

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim ketika merasmikan padang baharu Stadium Nasional sambil disaksikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia, Datuk Hans Isaac. gambar FAM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Episod air bertakung di padang sewaktu hujan lebat hampir pasti tidak akan berulang lagi di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini.

Jaminan itu diberikan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh selepas gelanggang keramat skuad Harimau Malaya itu melalui proses menaik taraf dan kerja-kerja penambahbaikan sejak beberapa bulan lalu.

“Ya (tiada lagi isu air bertakung), seperti anda saksikan dalam tayangan video (sewaktu perasmian hari ini) sebelum rumput ditanam ada (kerja-kerja) penggalian, kos itu agak tinggi.

“Semalam juga hujan dan PSM (Perbadanan Stadium Malaysia) setiap hari pantau bagi pastikan tiada masalah (air bertakung) seperti itu,” katanya pada sidang media majlis perasmian padang Stadium Nasional hari ini.

Terdahulu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan merasmikan padang baharu Stadium Nasional iaitu sehari sebelum sepak mula pertandingan ikonik Pestabola Merdeka 2023 esok.

Majlis perasmian turut disempurnakan Hannah bersama Pengerusi PSM, Datuk Hans Isaac dan Ketua Pegawai Eksekutif PSM, Mohd Faidz Sanusi.

Pada Jun tahun lalu, pernah tular rakaman video memaparkan keadaan padang Stadium Nasional ditakungi air selepas hujan lebat menjelang aksi Kumpulan E pusingan kelayakan Piala Asia 2023 antara Malaysia dan Bahrain.

Video itu menjadi perhatian selepas beberapa petugas dilihat menggunakan penyodok dan kadbod dalam usaha mengatasi masalah air bertakung, sekali gus mengundang pelbagai kritikan.

Sementara itu, Mohd Faidz berkata, keutamaan PSM adalah tetap kepada acara sukan, diikuti komuniti dan komersial biarpun mereka mampu menjana pendapatan dari sudut komersial seperti penganjuran konsert.

“Keutamaan PSM selalunya adalah sukan…memang dari segi komersial memberi sedikit sebanyak pendapatan kepada PSM sebab kita tak boleh 100 peratus harap geran kerajaan,” katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Manfaatkan Cuti Hujung Minggu Ke Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Piala Malaysia: Lebih 4,000 Penyokong JDT Ke Stadium Nasional Bukit Jalil

3

Muzik 2 tahun yang lalu

Siti Nurhaliza Ingin Anjur Konsert Di Stadium Nasional Bukit Jalil Sebelum Bersara

4

Muzik 2 tahun yang lalu

Konsert Coldplay Pecah Rekod Kehadiran Penonton Tertinggi

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 9 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad