web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gimnas Malaysia Rangkul Perak Acara Berpasukan Wanita

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Oct 2023 7:52PM

Trio gimnas negara, Lovelly Anne Robberth, Niathalia Sherawinnie Anak Yampil dan Naccy Nelly Evvaferra Rojin berjaya mengumpul keseluruhan 39.00 mata. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HANGZHOU - Skuad kata wanita negara melakar pencapaian membanggakan apabila menghadiahkan pingat perak dalam acara berpasukan pada Sukan Asia Hangzhou 2022 di Gimnasium Pusat Sukan Linping, di sini, hari ini.

Pada aksi penentuan pingat emas, trio negara Lovelly Anne Robberth, Niathalia Sherawinnie Anak Yampil dan Naccy Nelly Evvaferra Rojin yang menerima sorakan dan tepukan penyokong tempatan berjaya mengumpul keseluruhan 39.00 mata.

Pungutan mata itu, bagaimanapun, tidak cukup untuk menyaingi pemenang emas dari Vietnam, Nguyen Thi Phuong, Nguyen Ngoc Tram dan Luu Thi Thu Uyen yang juga pemenang perak Kejohanan Karate Asia 2023 di Melaka, Julai lalu selepas meraih 42.70 mata.

Trio Vietnam itu juga merupakan pemenang emas di Sukan SEA di Kemboja, Mei lepas.

Meskipun tidak berjaya menyumbang emas, Lovelly Anne berkata beliau gembira kerana dapat menambah koleksi pingat selepas turut membawa pulang perak dalam acara kata individu wanita, semalam.

Atlet berusia 19 tahun dari Penampang, Sabah itu, berkata kejayaan yang diraih telah membuktikan bahawa gandingan itu mampu pergi lebih jauh memandangkan mereka hanya berlatih kira-kira setahun sebelum beraksi di sini.

Sementara itu, Naccy Nelly menyifatkan persembahan ditampilkan sebagai aksi yang terbaik sejak mereka digandingkan bersama.

“Kami tampilkan aksi dan teknik yang kami berlatih selama ini, memang sama macam dalam sesi latihan dan persembahan hari ini sangat jauh beza daripada sebelum ini sebab kami nak buat persembahan yang lain dari yang lain, jadi tadi persembahan kami ada sikit kelainan daripada Vietnam.

“Walaupun jurang mata boleh tahan jauh tetapi kami sikit tidak rasa kecewa sebab ini kali pertama kami bertemu dengan mereka, yang penting kami sudah berikan segalanya,” kata atlet 19 tahun itu.

Pingat gangsa acara itu dimenangi bersama Brunei dan Kemboja selepas masing-masing terkandas di pusingan awal.

Untuk rekod, acara kata berpasukan wanita julung kali dipertandingkan di Sukan Asia pada edisi kali ini. - BERNAMA

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad