web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Skuasy Paling Cemerlang Hadiah 3 Pingat Emas – SRAM

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Oct 2023 7:34PM

Pemain skuasy negara bersama pingat dimenangi pada kejohanan Sukan Asia Hangzhou 2022 baru-baru ini selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) menyifatkan prestasi yang ditunjukkan oleh skuad negara pencapaian paling cemerlang dalam kontinjen negara ke Sukan Asia Hangzhou 2022 apabila berjaya meraih tiga emas, satu perak dan satu gangsa.

Pengurus pasukan, Mohd Nafzahizam Adnan, berkata prestasi itu hampir mengulangi pencapaian pasukan skuasy negara pada temasya edisi 2010 di di Guangzhou, China.

Nafzahizam, yang juga setiausaha kehormat SRAM, berkata paling membanggakan apabila pasukan skuasy kali ini dibarisi oleh pemain-pemain muda yang sudah pasti akan terus menggalas cabaran negara pada temasya Sukan Asia akan datang.

“Sejak skuasy diperkenalkan pada 1998 dalam Sukan Asia, penampilan ini antara yang terbaik. Di Guangzhou 2010, kita memperoleh tiga emas, satu perak dan dua gangsa, ketika ini tiada beregu campuran.

“Secara keseluruhan kami sangat berpuas hati dengan persembahan mereka,” katanya kepada pemberita selepas tiba dari Hangzhou, China, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.

Pasukan skuasy menuai tiga pingat emas daripada acara berpasukan wanita, perseorangan wanita menerusi S. Sivasangari dan perseorangan lelaki Ng Eain Yow manakala pingat perak pula menerusi beregu campuran Aifa Azman-Mohammad Syafiq Kamal dan gangsa daripada berpasukan lelaki.

Dalam pada itu, Nafzahizam berkata barisan pemain yang beraksi di Sukan Asia Hangzhou kali ini, rata-rata merupakan pemain yang telah dipersiapkan sejak Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang.

Katanya mereka juga antara atlet yang dilatih bawah prorgram pembangunan bakat muda antara kerjasama SRAM dan Yayasan CIMB.

“Melihat prestasi ini, kita akan teruskan program pembangunan ini dan mungkin akan diperhebatkan lagi,” katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Politik 11 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad