web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tze Yong, Pearly-Thinaah Mara Ke Pusingan Ketiga

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Oct 2023 8:06PM

Ng Tze Yong. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HANGZHOU - Pemain badminton perseorangan negara Ng Tze Yong mengejutkan bekas Juara Dunia Loh Kean Yew dari Singapura dalam perlawanan pusingan kedua Sukan Asia di Gimnasium Binjiang di sini hari ini.

Pemain berusia 23 tahun itu dengan tenang menguasai permainan sebelum memenanginya dengan straight set 21-12, 21-14 menundukkan pemain nombor sembilan dunia Kean Yew yang merupakan pemain sulung Singapura memperoleh gelaran juara dunia itu pada 2021.

Dalam pertarungan esok untuk menempah slot ke suku akhir, Tze Yong bakal berhadapan pemain nombor 35 dunia Kantaphon Wangcharoen dari Thailand, yang menewaskan Hussein Zayan Shaheed dari Maldives 21-3, 21-5.

“Saya rasa prestasi hari ini baik, tetapi setiap perlawanan kena perbaiki, harus bincang dengan jurulatih (Hendrawan). Perlawanan esok boleh dikatakan 50-50 kerana beliau pemain yang lebih senior dan saya tidak pernah bertemunya.

Saya menghadapi masalah, yang kadang-kadang boleh menang menentang pemain terkemuka, tetapi perlawanan seterusnya tidak konsisten. Memang saya tahu apa masalahnya, harap ianya dapat diatasi,” katanya  selepas perlawanan.

Sementara itu beregu wanita utama negara Pearly Tan-M. Thinaah yang kali pertama menyertai Sukan Asia dengan mudah menyingkirkan beregu Singapura Jin Yu Jia-Crystal Wong Jia Ying 21-12, 21-16 untuk mara ke pusingan ketiga.

Pearly-Thinaah, pemenang pingat emas Sukan Komanwel Birmingham 2022 akan dicabar beregu nombor 10 dunia dari Thailand Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai yang menewaskan wakil Pakistan Mahoor Shahzad-Ghazala Siddique 21-5, 21-7.

Satu lagi beregu wanita negara Valeree Siow-Go Pei Kee mengakhiri kempen Sukan Asia mereka selepas tewas kepada beregu nombor lima dunia, Chiharu Shida-Nami Matsuyama dari Jepun 9-21, 13-21. - BERNAMA

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad