web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Zii Jia Lepasi Halangan Pertama Sukan Asia Hangzhou 2022

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Oct 2023 5:23PM

Zii Jia bakal bertemu Maurinho Gusmao de Jesus pada pusingan kedua acara badminton di Sukan Asia Hangzhou. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HANGZHOU - Perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia memulakan kempen acara individu dengan langkah kanan apabila mengetepikan Angus Ng Ka Long dari Hong Kong untuk mara ke pusingan kedua acara badminton Sukan Asia Hangzhou 2022 hari ini.

Aksi pusingan pertama berlangsung di Gimnasium Binjiang menyaksikan bekas juara All England itu bangkit selepas tewas set pembukaan 15-21, sebelum menang set kedua 21-15 untuk mengheret kepada perlawanan penentuan.

Zii Jia yang sedikit bergelut dengan prestasi kurang konsisten melengkapkan kemenangan 21-16 untuk melangkah ke pusingan kedua berdepan Maurinho Gusmao de Jesus dari Timor Leste.

Pemain berusia 25 tahun itu ketika ditemui pemberita berkata, kemenangan hari ini memberi tonik tambahan buatnya selepas tewas dalam semua empat pertembungan dengan Angus.

"Apa yang berlaku ketika acara berpasukan saya sudah lupakan, saya perlu profesional, tak ada masa nak sedih lagi, dan saya gembira kerana menang hari ini. Sebelum ini jumpa Ka Long kalah, saya tak fikir banyak cuma saya cuma tak nak putus asa.

"Cuma kadang-kadang ia bukan harinya. Saya perlu ambil semangat ini untuk terus yakin," katanya kepada pemberita selepas perlawanan di sini.

Sementara itu, beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik berada dalam kelas tersendiri untuk mengetepikan gandingan Taiwan Lu Ching-Yao-Yang Po-Han 21-23, 21-13, 23-21 untuk menempah pertemuan dengan wakil Thailand Supak Jomkoh-Supissara Paewsampran.

Aaron mengakui agak sukar untuk memenangi perlawanan hari ini namun kekal fokus untuk memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.

"Memang tak senanglah permainan hari ini. Saya sudah agak set pertama kalah, lawan bukan senang dan kita tahu jadi sengit macam ini, tapi memang perlu fokus," katanya.

Sementara itu, beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei membenam gandingan Singapura  Andy Jun Liang Kwek-Crystal Wong Jian Ying 21-17, 21-13 dalam perlawanan mengambil masa 40 minit.

Tan Jie-Ee Wei dijadual bertemu sama ada gandingan Krishna Prasad Garaga-Tanisha Crasto dari India atau Lok Chong Leong-Ng Weng Chi dari Macau di pusingan kedua, pada Rabu.

Perseorangan wanita Goh Jin Wei turut melangkah ke pusingan kedua selepas menang mudah ke atas wakil Pakistan Ghazala Siddique 21-10, 21-14, untuk berdepan lawan dari Vietnam Vu Thu Anh Thu.

Sementara itu, beregu campuran Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie tidak perlu bermandi peluh apabila diberikan kemenangan percuma selepas gandingan Rohan Kapoor-Sikki Reddy Nelakurthi dari India menarik diri kerana mengalami kecederaan.

Bagaimanapun, perjuangan satu lagi beregu lelaki negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi terhenti awal apabila tewas kepada pasangan Taiwan Lee Yang-Wang Chi-Lin 16-21, 19-21. - BERNAMA

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad