web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Skuad Sepak Takraw Malaysia Gagal Tamatkan Dominasi 25 Tahun Thailand

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Sep 2023 4:50PM

Perak untuk Skuad Sepak Takraw negara di Sukan Asia Hangzhou selepas gagal menamatkan penguasaan Thailand. - gambar BERNAMA Radio

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JINHUA (China) - Skuad sepak takraw negara gagal menamatkan penguasaan Thailand selama 25 tahun dalam acara regu berpasukan lelaki selepas tewas dalam perlawanan akhir pada temasya Sukan Asia Hangzhou 2022 di sini hari ini.

Kecemerlangan Thailand selaku gergasi dunia pada aksi di Pusat Sukan Gimnasium Jinhua kira-kira 170 kilometer dari Hangzhou itu menyaksikan mereka merakam kemenangan 2-0 sekali gus meraih pingat emas buat kali ketujuh berturut-turut sejak edisi 1998 di Bangkok.

Malaysia pula terpaksa berpuas hati dengan perak untuk sekurang-kurangnya menyamai pencapaian edisi 2018 di Jakarta-Palembang, Indonesia.

Thailand yang mempertaruhkan kebanyakan pemain berpengalaman meraih mata pertama menerusi trio Pichet Pansan, Wichan Temkort dan Sittipong Khamchan selepas mudah mengatasi regu negara Muhammad Noraizat Mohd Nordin, Farhan Adam dan Muhammad Haziq Hairul Nizam 21-15, 21-14.

Regu kedua negara dibarisi Mohamad Azlan Alias, Amirul Zazwan Amir dan Mohammad Syahir Mohd Rosdi yang diharap menghadiahkan mata untuk mengheret perlawanan ke aksi penentuan, bagaimanapun turut menemui jalan buntu untuk menundukkan lawan.

Mereka yang dilihat berusaha untuk menyaingi kehebatan trio Varayut Jantarasena, Pattarapong Yupadee dan Siriwat Sakha terpaksa akur dengan kehebatan lawan selepas tewas 13-21, 18-21.

Pingat gangsa acara itu dimenangi bersama Korea Selatan dan Laos selepas masing-masing terkandas di pusingan separuh akhir.

Untuk rekod, Malaysia pernah memenangi emas regu berpasukan lelaki ketika ia dipertandingkan buat kali pertama pada edisi 1990 di Beijing, China.

Sementara itu, peluang Malaysia untuk sekurang-kurangnya membawa pulang satu emas masih terbuka dalam acara regu lelaki yang akan membuka tirai saingan pada Khamis depan.

Malaysia merupakan pemenang emas regu lelaki pada edisi 2018 yang menyaksikan Thailand tidak menghantar penyertaan dalam acara itu.

Dalam pada itu, Thailand turut meraih emas regu berpasukan wanita selepas menundukkan Korea Selatan 2-0 dalam satu lagi aksi final sementara Laos dan Indonesia pemenang gangsa bersama. - BERNAMA

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 8 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar