web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sukan Asia: Nur Shazrin Raih Emas Pertama Malaysia

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Sep 2023 2:12PM

Nur Shazrin Mohamad Latif meraih emas pertama negara melalui acara ILCA 6 wanita di Sukan Asia di Hangzhou. - gambar AtletMalaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HANGZHOU - Malaysia berjaya merangkul pingat emas pertama pada temasya Sukan Asia Hangzhou 2022 menerusi pelayar, Nur Shazrin Mohamad Latif dalam acara ILCA 6 wanita pada hari keempat acara berpingat dipertandingkan di sini.

Selepas penantian yang penuh debaran, atlet berusia 25 tahun dari Pasir Gudang, Johor itu berjaya mengekalkan kedudukan pertama selepas berjuang dengan keadaan ombak sukar di Pusat Pelayaran Ningbo Xiangshan, lebih 170 km dari sini.

Nur Shazrin, yang berada di kedudukan teratas dengan 25 mata penalti selepas 11 perlumbaan hingga lima hari pertandingan setakat semalam, dinobatkan sebagai pemenang selepas perlumbaan terakhir hari ini dibatalkan kerana kekurangan angin untuk menjalankan pertandingan itu di Tasik Dongqian.

Keadaan itu sekali gus, membantu pemenang pingat gangsa pada temasya Jakarta-Palembang 2018, menukar warna pingatnya ke emas, serta melayakkan Nur Shazrin untuk beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024.

Pelayar Hong Kong Stephanie Norton (37 mata) meraih perak, manakala gangsa menjadi milik Victoria Jing Hua Chan (38 mata) dari Singapura.

Semalam, Asnawi Iqbal Adam turut mengesahkan pingat pertama bagi Malaysia selepas meraih gangsa acara ILCA 4 lelaki, manakala Tengku Nurani Ezaty Tengku Khairudeen turut menyumbang gangsa menerusi Windsurfing RSX Wanita. - BERNAMA

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 10 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad