web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


JDT Benam Perak 5-0

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Aug 2023 8:01AM

Pemain JDT, Oscar Pasero Arribas mengasak pemain Perak FC, Muhammad Aiman Khairul Yusni pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam tadi. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan penguasaan carta Liga Super selepas membenam Perak FC 5-0 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam tadi.

Tuan rumah membuka jaringan pada minit ke-21 menerusi tendangan Heberty Fernandes De Andrade hasil hantaran oleh Endrick Dos Santos Parafita diikuti gol kedua menerusi tandukan Matthew Davies, enam minit kemudian.

Harimau Selatan menambah jaringan pada minit ke-35 menerusi Bergson da Silva yang berjaya menghidu kesilapan penjaga gol Perak T Shaheeswaran melakukan hantaran kepada pemain lawan sekali gus berada pada kedudukan selesa 3-0 sebelum tamat separuh masa pertama. 

Babak kedua menyaksikan Oscar Pasero Arribas menambah derita skuad The Bos Gaurus selepas menjaringkan gol keempat hasil hantaran Jordi Amat Maas pada minit ke-55.

Sepakan percuma Juan Muniz Gallego tepat singgah di penjuru kanan gawang pelawat melengkapkan kemenangan skuad bimbingan Esteban Solari malam ini.

Sementara itu, Sabah FC memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri apabila berjaya menewaskan Kuala Lumpur City FC 3-2 di Stadium Likas, Kota Kinabalu malam ini.

Sang Badak memecah kebuntuan gol selepas rembatan kencang Stuart Wilkin di dalam kotak penalti pada minit ke-50 berjaya menewaskan penjaga gol pasukan lawan Kevin Ray Mendoza

Tersentak dengan jaringan tersebut, KL City bangkit mengekang kegembiraan Sabah menerusi jaringan Romel Morales sembilan minit kemudian diikuti Haqimi Azim Rosli pada minit ke-70.

Sabah kemudian merapatkan jurang hasil gerakan cantik Park Tae Su pada minit ke-78 yang berjaya menewaskan Mendoza sekali lagi menjadikan kedudukan terikat 2-2.

Pemain tuan rumah Gabriel Peres muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan Sabah FC pada minit ke-89 sekali gus mengubat kekecewaan tewas kepada JDT 5-1, Rabu lepas. - BERNAMA 

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Liga Super: KL City Belasah Skuad Muda Kedah 5-0

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Liga Super: JDT Berpesta Gol Tewaskan Penang FC 5-0

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Selangor Jinakkan Penang 4-1, Rampas Kedudukan Kedua Liga Super

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Piala FA: Jaringan Saat Akhir Morales Tewaskan Kedah

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam