web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rekod Dunia 'Smash' Terlaju Milik Pearly Tan

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jul 2023 9:34AM

Pearly Tan dan rakan gandingannya, M Thinaah kini menduduki ranking ke-11 dunia - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -- Pemain beregu utama wanita negara Pearly Tan kini memegang Rekod Dunia Guinnesss dengan pukulan “smash” paling laju.

Beliau mengukir namanya di dalam buku rekod dunia itu untuk Kategori Pukulan Badminton Terpantas (Wanita) dengan kelajuan 438 kilometer sejam (km/j), kata Persekutuan Badminton Dunia (WBF) dalam halaman media sosialnya hari ini. 

Rekod itu dicapai di sebuah gimnasium kilang Yonex Co. Ltd. di Saitama, Jepun pada 14 April lepas dan disahkan oleh hakim-hakim Rekod Dunia Guinness.  

Pukulan “smash” pemain berusia 23 tahun dari Kedah itu lebih laju daripada rekod kelajuan kereta Formula Satu (F1)  iaitu pada 372.6 km/.

Pearly yang bergandingan dengan M. Thinaah kini berada di ranking ke-11 dunia.

Baru kelmarin, kedua-dua mereka diumumkan sebagai Pasukan Wanita Kebangsaan pada Anugerah Sukan Negara 2022 selepas memenangi pingat emas Sukan Komanwel Birmingham dan Terbuka Perancis dalam tahun yang sama.

Sementara itu, pemain badminton India  Satwiksairaj Rankireddy memecahkan rekod pemain kebangsaan Tan Boon Heong dengan kelebihan 72 km/j dalam kategori lelaki, dengan pukulan “smash” menakjubkan pada kelajuan 565 km/j. 

Rekod seblum ini yang dicipta Boon Heong dengan kelajuan 493 km/j pada Mei 2013 di kilang Yonex yang sama.

Yonex dalam laman sesawangnya berkata saat-saat impak pukulan “smash” sebenar direkodkan menggunakan sebuah kamera berkelajuan tinggi.

“Halaju segera bulu tangkis selepas impak kemudian dikira daripada rakaman foto,” katanya. -- BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 17 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar