web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Raih Emas Di Paris, Abdul Latif Layak Ke Sukan Paralimpik 2024

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jul 2023 8:37PM

Abdul Latif Romly - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -- Jaguh lompat jauh para negara Datuk Abdul Latif Romly  menempah slot secara merit ke Sukan Paralimpik 2024 selepas menjuarai kategori T20 (kecacatan intelektual) pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2023 di Paris hari ini.

Abdul Latif menjadi atlet para kedua layak ke Paris selepas Muhammad Ziyad Zolkefli yang  meraih pingat perak acara lontar peluru kategori F20 (kecacatan intelektual), mengesahkan tempat pada Jumaat lepas.

Pada aksi final lompat jauh T20 berlangsung di Stadium Charlety, atlet berusia 26 tahun  itu melakukan lompatan sejauh 7.40 meter (m) pada percubaan kedua, mengatasi rekod kejohanan 7.39m yang dilakukan Ranki Oberai dari Belanda pada edisi Dubai 2019.

Abdul Latif mengulangi pencapaian pingat emas dimenanginya pada 2015 di Doha dan 2017 di London sebelum terpaksa berpuas hati dengan pingat perak pada 2019.

Pingat perak dimenangi Noah Vucsics dari Kanada yang melakukan 7.35m manakala Athanasios Prodromou dari Greece meraih gangsa dengan 7.12m.

Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa membuat ketetapan bahawa empat atlet di kedudukan teratas pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2023 layak ke Sukan Paralimpik Paris 2024. -- BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 23 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam